Tuduhan Bersih 2.0 tiada asas kukuh, hanya andaian

ustaz baem

BANGI, 26 Jan – Kenyataan penganalisis dan anggota badan reformasi pilihan raya Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat bahawa persempadanan semula dan penambahan bilangan kerusi pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan orang Melayu ‘gugur’ di bumi sendiri adalah satu tuduhan yang tidak berasas tanpa fakta.

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Hassan berkata, Dr Wong mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Bersih secara konsisten cuba memberi imej buruk kepada SPR.

“Tiada fakta yang dikemukakan bahkan hanya berdasarkan tafsiran dan andain sendiri.

“Ini amat sekali mencalar kredibiliti pusat penyelidikan tersebut.

” Jika benar kenyataan tersebut, maka orang Melayu perlu menolak sistem demokrasi kerana sistem tersebut akan mengancam kedudukan orang Melayu dan menguntungkan bangsa asing,” jelasnya ketika dihubungi.

Dr Wong dalam satu kenyataan semalam menyifatkan bahawa tindakan SPR menambah bilangan kerusi kawasan pilihan raya adalah untuk mengelakkan orang Melayu “gugur” di bumi sendiri.

Katanya, SPR tidak menyebut secara jelas, tetapi setahu beliau ia disebut di belakang pintu yang tertutup, ‘kesemua ini perlu kerana kalau kita praktik demokrasi yang jujur maka Melayu-Islam akan gugur di tanah bumi ini.

Bidas Ustaz Ibrahim, apa yang dimaksudkan dengan demokrasi jujur dan negara mana yang telah berjaya melaksanakannya?

“Jika demokrasi jujur mengancam penduduk asal sesebuah negara maka saya yakin tiada sebuah negara pun yang akan melaksanakannya.

“Hakikatnya Islam memandang demokrasi sebagai salah satu alat untuk mencapai matlamat penubuhan sebuah negara Islam dan menjaga maslahah umum.

“Jika dengan cara demokrasi tidak mampu untuk mencapai matlamat tersebut, maka demokrasi perlu ditinggalkan dan mencari alat lain yang membolehkan matlamat tersebut dicapai,” jelasnya lebih lanjut.-ISMAweb

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top