Tonjolkan Semangat Kesukanan Belia Muslim

bolaBangi 24 Julai 2010, Sabtu: Semangat kesukanan Belia Muslim adalah perkara yang cuba ditonjolkan melalui Karnival Futsal Islami 2010 (KAHFI) yang telah berlangsung di Aktif Futsal, Bandar Baru Bangi. Berucap di hadapan lebih 100 belia Islam semasa majlis perasmian, Ketua PEMBINA Cawangan Bangi, saudara Aizuddin Khalid menegaskan bahawa KAHFI tidak hanya berlangsung sepertimana lain-lain kejohanan atau pertandingan futsal. Namun, ia perlu berjalan seiring dengan panduan-panduan murni yang telah sedia ditetapkan dalam agama Islam. Sukan tidak pernah dilarang, namun perlulah dengan menjaga batasan aurat, adab pergaulan dan pertuturan serta tidak mengabaikan solat. Beliau juga menyeru agar peserta bersama-sama menunaikan solat sekiranya waktu telah masuk agar kewajipan terpenting ini tidak diabaikan dalam keseronokan bersukan.

26 pasukan telah berentap merebut hadiah wang berjumlah RM1000 yang ditawarkan bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan. Kumpulan belia dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang menggelar diri mereka sebagai Kipas Angin FC telah mejadi johan karnival KAHFI untuk tahun ini dan membawa pulang hadiah bernilai RM500, medal dan hamper.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top