Tokoh Akademik: Anugerah Di-Raja Milik Nabil Harith

┬áBeliau dilahirkan di bumi anbiya’, Roxy Kaherah pada 8 Julai 1992. Mendapatkan didikan Al-Quran secara langsung dari ayahnya sendiri bermula di usia 5 tahun dan mendapat pendidikan awalnya tadika di Tabika Ihsan Jitra. Kemudian beliau menyambung pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Klang sehinggalah tamat tahun 6. Pendidikan menengah diteruskan di Sekolah Tunku Ampuan Rahimah sehinggalah ke Tingkatan 5. Kemudiannya, menyambung pengajian peringkat Diploma selepas menolak tawaran Matrikulasi atas sebab keinginan yang amat kuat untuk mendalami ilmu Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Komputer. Tokoh yang dimaksudkan adalah Saudara Nabil Harith Bin Mohd Najib, anak kepada Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Alor Star Ustaz Mohd Najib Sulaiman dan Puan Siti Aishah Hamid.

Beliau banyak menyertai pertandingan-pertandingan robotik sehingga ke peringkat kebangsaan. Antaranya ialah Advance Programming For Merlin Robot Soccer System (Program Peningkatan Kemahiran Siswazah) 2012, Malaysian University Robot Competition 2012 (MUROC), 6th FIRA Robot Soccer 2012 (Kategori Microsoft 5 Vs 5), Malaysia International Robot Competition 2013 (MIROC). Ketokohan beliau terserlah apabila ditaklifkan memegang jawatan Pengerusi Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik untuk dua sesi berturut-turut .

an diraja

Selain cemerlang dalam kepimpinan, beliau turut memberikan qudwah dalam akademik dengan 1st class CGPA bagi setiap semester. Baru-baru ini beliau telah dinobatkan menerima Anugerah Di-Raja pada Istiadat Konvokesyen ke-8, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) .Sekarang beliau menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang Teknologi Kejuruteraan (Elektronik) di UniKL British Malaysian Institute (BMI) Gombak serta mendapat tajaan MARA secara bantuan penuh.

Beliau menjalani tarbiyah semasa masih berada di sekolah rendah lagi dengan melibatkan diri secara intensif bersama Usrah Circle Aulad, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Klang dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Kini beliau merupakan aktivis PEMBINA Gombak syukbah BMI.

Sesuatu yang sangat istimewa ialah beliau telah pun berjaya merealisasikan cita-cita dan impian ayahandanya untuk menjadi seorang jurutera. Cita-cita ayahandanya yang terpaksa diubah kepada bidang Bahasa Arab untuk merealisasikan harapan datuknya untuk melihat anaknya graduate dari Universiti Al Azhar. Pengorbanan bertukar dari kelas Sains Tulen ke Sastera Agama semata-mata untuk merealisasikan harapan bapanya telah terbayar sepenuhnya oleh anak- anaknya.

harith1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top