Faham Konsep Tajmik ala PEMBINA

KUALA LUMPUR, 12 April -“Memahami dengan baik konsep Tajmik ala PEMBINA dengan memastikan keseragaman amal PEMBINA di seluruh IPT”, ujar Saudara Nor Aizat Rahimi Bin Rostam Rahimi, Jawatankuasa Pusat (JKP) Pembangunan Sumber Manusia (PSM).

Baginya, tajmik perlulah dilihat dengan skop yang lebih luas dari sekadar biasa, kerana tajmik adalah asas melahirkan kepimpinan baru.

Pada akhir Multaqa Tajmik IPT Nasional (MULTINAS) ini, dia mahukan agar penggerak Biro Sumber Manusia di seluruh IPT dan cawangan dapat memahami kepentingan kaedah Tajmik ala PEMBINA.

Selain itu juga, dapat menyeragamkan proses pelaporan dan sistem data serta bermotivasi meningkatkan pencapaian semasa dakwah di kampus.

MULTINAS yang berakhir malam tadi telah mengumpulkan semua PSM Cawangan, PSM IPT dan PSM matrikulasi yang bergerak aktif menjalankan dakwah kampus di IPT dan IPTS di seluruh negara.

Nursabihah binti Mohtar,
Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top