“ Saya, pemegang mohor-mohor besar ……mengumumkan hari selasa 30 Ogos 2011 seluruh negeri di Malaysia diisytiharkan raya..”.
Demikianlah antara bait-bait ucapan yang sering ditunggu-tunggu kita acapkali tirai Ramadhan kian berlabuh pergi. Saya sendiri merasa sedih apabila mengenangkan kembali Ramadhan yang berlalu pergi diganti dengan kehadiran Syawal, bukan kerana tidak gembira menyambut hari kemenangan umat Islam akan tetapi mengenangkan kembali apakah masih ada Ramadhan buat kita pada masa akan datang kerana maut itu hadir tidak diketahui, menanti kita dengan penuh setia pada waktu yang tepat tidak terlewat atau terawal walau sesaat. Namun begitu, kehadiran
Syawal tidak boleh dibiar muram haruslah dirai hari yang diberi Allah untuk kita sebagai “hadiah” teragung selepas selesai menjalani madrasah Ramadhan mengasah taqwa mendidik nafsu. Rumah terbuka yang sering diadakan masyarakat Malaysia sudah menjadi satu budaya dan rasanya tidak lengkap jika tidak diadakan maka, sebelum kita semua kehabisan wang dan isi perut dengan makanan yang sememangnya enak dan orang-orang katering sibuk menerima tempahan, mari kita tinjau tips-tips ini:
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti:
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh “O” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Rasanya masih ada yang kurang, apa agaknya ya? Ya! Tips menghadapi dugaan di rumah terbuka yang pastinya bakal mengganti jemputan walimah sahabat handai atau saudara-mara sepanjang Syawal ini. Silalah baca saranan Doktor Kesihatan PEMBINA anda.
Apakah 5M?
5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
5M merupakan singkatan bagi:
Mengurangkan gula
Mengurangkan garam
Mengurangkan minyak
Melebihkan buah-buahan
Melebihkan sayur-sayuran
Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?
Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?
Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana. Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain. Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi. Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.
Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan.
Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan. Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit. Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat. Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah- buahan di hari raya nanti?
Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi. Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.
Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam. Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Selamat mempraktiskan hidup sihat di samping berukhuwah dan bermaafan di bulan Syawal ini.