Pasir Puteh 19-20 Februari – Beliawanis PEMBINA telah berjaya menganjurkan ” The Islam History Camp 2010 ” dengan jumlah peserta seramai 22 orang berumur 18 tahun sehingga 25 tahun.
Peserta terdiri daripada pelajar IPT di negeri Kelantan. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada belia bahawa pentingnya mengetahui sejarah ISLAM yang sebenar.
Di samping itu juga, kem ini bukan sahaja membuatkan peserta mengetahui fakta sebenar tentang sejarah Islam malah mereka belajar bagaimana untuk membina keyakinan diri dalam membantu menaikkan kegemilangan Islam suatu hari nanti.
Program ini bermula dengan pengisian yang bertajuk ” Antara Hari Ini dan semalam” yang telah disampaikan oleh “DR. Dr K.N.Fatiha (MBBS, Monash;2006) dari PEMBINA Kuala Terengganu.
Dr. K.N Fatiha
Penyampaian cenderahati kepada Dr. K.N Fatiha oleh Ketua Beliawanis PEMBINA Kelantan, Saudari Sala Norhazura
Seterusnya di sebelah malamnya pula, peserta di uji sejauh mana kefahaman mereka terhadap pembentangan yang telah dibentangkan dengan soalan-soalan yang diketengahkan dan dibincangkan dalam bentuk kumpulan masing-masing. Keesokan harinya, peserta bangun seawal 5.oo pagi untuk qiamulail dan solat subuh bersama-sama.
Selepas minum pagi, program diteruskan dengan slot “Tak Kenal Maka Tak Cinta” yang disampaikan oleh saudari Shahida wakil dari PEMBINA Kelantan. Slot ini memberi pengenalan awal tentang PEMBINA dan
program yang berkaitan dengannya.
Berikut adalah di antara respon yang dilontarkan oleh peserta:
1.” Apa yang saya dapat sepanjang program ini ialah roh Islam kembali segar dan makin subur dalam diri saya dan ini membuatkan matlamat saya hidup di dunia semakin jelas” Azilah bekas pelajar KIAS.
2.” Program ini memberikan saya hidayah selama 23 tahun saya hidup untuk meneruskan dakwah ini” Normah lepasan STPM.
3.” Saya dapat mengetahui sejarah ISLAM yang sebenar yang selama ini sayatidak mengetahui “Syazreena pelajar PKB.
4.” Jika sebelum ini saya jahil tentang sejarah Islam, alhamdulillah setelah
mengikuti program ini dapat menyedarkan saya tentang hakikat sebenar sejarah Islam dan bertapa pentingnya kita bertindak segera untuk memartabatkan agama Islam kita ini. InsyaALlah akan saya perbaiki diri untuk menjadi dai’eyah yang cekal dan tidak mudah mengalah pada suatu masa nanti” Hasnida pelajar PKB.
Media PEMBINA Kelantan