Takziah buat Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti

PEMBINA mengucapkan takziah kepada keluarga Syeikh Mohamad Said Ramadan Al-Buti, rakyat Syria dan seluruh umat Islam di atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Serangan yang berlaku di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria (Damsyik) pada 21/03/2013 telah meragut 19 nyawa termasuk Syeikh Ramadan yang terkenal dengan kitab karangan agung beliau, Fiqh Sirah.

Sesungguhnya jasa beliau kepada ummah ini amatlah besar. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Syeikh Mohamad Said Ramadan Al-Buti dan seluruh Syuhada di Syria. Bersama kita panjatkan doa agar dapat menuruti jejak langkah beliau.  Al-fatihah.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top