PEMBINA ucap tahniah kepada Dr Mursi atas kemenangan sebagai Presiden Mesir

 
 
 
Pengumuman keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung semalam, 25 Jun 2012, kira-kira pada jam 3.00 petang waktu tempatan (jam 9.00 malam waktu Malaysia) telah mencatatkan satu sejarah baharu khususnya buat warga negara Mesir, dan umumnya buat agenda Islam di era pasca modernisme ini.
 
PEMBINA mewakili seluruh belia Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Mesir keempat, Dr Muhammad Morsi, di atas kemenangan di dalam Pilihanraya Presiden Mesir setelah meninggalkan lawannya dengan majoriti melebihi 1 juta.
 
Kemenangan ini merupakan kemenangan yang amat bermakna buat seluruh rakyat Mesir, agenda penegakan syari’at di rantau Timur Tengah dan ke arah pembebasan bumi Palestin serta Masjid Al-Aqsa.
 
PEMBINA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada belia dan mahasiswa yang telah menyokong jemaah Ikhwan Muslimin serta Parti Kebebasan dan Keadilan. Peranan pemuda, belia dan mahasiswa yang mendokong agenda kemenangan arus baru di Mesir, terutamanya dalam mengerahkan aktivisme mereka, mempertahankan jatidiri muslim, mengambil berat terhadap isu semasa tanah air dan antarabangsa seharusnya dicontohi oleh pemuda, belia dan mahasiswa di Malaysia.

 
Oleh; 
Ustaz Salman Abdul Rahman
Setiausaha Agung PEMBINA 2012

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top