Siri Sejarah Gerakan Mahasiswa : Sejarah Nasionalis

Persoalan crucial bagaimana mereka, golongan nasionalis ini boleh muncul. Bahagian era ini akan banyak didedahkan dengan bagaimana proses pembangunan dan perjuangan yang dilakukan oleh aktivis-aktivis Islamis-nasionalis, apakah bentuk cabaran yang mereka hadapi dari dalam mahupun luar dimana format cabarannya tidak jauh beza bagi setiap sela waktu era perjuangan mahasiswa setiap zaman yang ada.

Sebenarnya, kemunculan gerakan nasionalis dan fahamannya didorong oleh perkembangan politik dan gerakan nasionalisme di Indonesia. Mulai pertengahan 1920-an, banyak bahan-bahan bacaan dari Indonesia telah sampai ke tangan anak-anak muda Melayu yang belajar di MPSI. Melalui bahan bacaan itu mereka dapat mengikuti perkembangan gerakan seperti Sarekat Islam, Parti Nasional Indonesia serta peranan Soekarno dengan Study Club nya yang secara tidak langsung membangkitkan semangat perjuangan nasionalisme tanah melayu yang bukan sahaja dalam diri penutut tetapi juga tenaga pengajar. Kesedaran mereka banyak berkisar tentang kesedaran politik antikolonial yang mana menegaskan bahawa tanah melayu ini harus ditadbir serta diuruskan oleh orangnya sendiri iaitu orang melayu dan pribumi. Sememangnya kehadiran fahaman nasionalis Indonesia banyak menyedarkan pelajar serta penuntut akan hak-hak mereka terhadap kehidupan, masyarakat, dan negara mereka.

Menjelang kemuncak perjuangan kemerdekaan di Indonesia, Kerajaan Belanda menangkap pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia yang menyebabkan sebahagian pelarian politik dari Indonesia itu telah datang ke MPSI untuk melanjutkan perjuangan mereka. Mulai 1928 maka wujudlah semangat nasional Indonesia di Tanah. Mereka sangat gencar menyebarkan fahaman tersebut di MPSI sehingga terdapat penuntut-penuntut seperti Ibrahim Yaakob yang menyertai Parti Nasional Indonesia. Disini kita boleh menganalisa pola fikir golongan muda ini adalah mereka gemarkan perjuangan, persoalan mencetuskan elemen dan semangat perjuangan adalah permulaan mereka akan  terlibat dengan apa yang mereka imani sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Setahun selepas itu, pada 1929 Ibrahim Yaakob telah menubuhkan sebuah gerakan pelajar secara bawah tanah dengan nama Ikatan Pemuda Pelajar, fungsinya adalah menyebar luaskan lagi semangat kemerdekaan, dan kefahaman politik antikolonial dengan lebih tersusun dalam ruang lingkup golongan terdidik. Tidak cukup dengan itu pada 1930 beliau menubuhkan Ikatan Semenanjung Borneo yang banyak mengikut model gerakan pemuda di Indonesia seperti Jong Jawa dan Jong Sumatera.

Namun begitu, gerakan pelajar di MPSI tersebut mulai malap selepas 1932 setelah pihak inggeris dapat menicum bau gerak-geri mereka dan inggeris cuba memecahkan gerakan mereka secara senyap dan terancang dengan memisahkan mereka, Ibrahim yaakob dari rakan-rakannya setelah mereka menamatkan pengajian pada 1931. Ibrahim yaakob dihantar untuk mengajar di Banting, Pahang dan rakan-rakanya yang lain di hantar ke merata-rata tempat di semenanjung. Bahkan tenaga pengajar yang berada di MPSI yang bertanggungjawab menanamkan semangat nasionalisme dipecah-pecahkan supaya mereka sukar berhubung. Kesinambungan gerakan mahasiswa wajib mempunyai kedekatan dan kebersamaan antara pendukung-pendukungnya serta  satu generasi dengan generasi yang lain, pendidik untuk golongan. Ini merupakan aspek penting atau kunci bagi mana-mana individu untuk membangunkan gerakan mahasiswa ataupun memusnahkan gerakan yang sedia ada.

Tetapi itu tidak mematahkan semangat nasionalisme Ibrahim Yaakob, di Bentong beliau bertemu dengan Ishak Haji Muhammad dan mengalihkan pusat Ikatan Semenanjung Borneo ke daerah Bentong. Namun sekali lagi gerakan politik mereka dihidu dan pihak inggeris cuba sekali lagi memecah-belahkan mereka. Selepas itu, pada tahun 1937 Ibrahim Yaakob bersama dengan Ishak Hji Muhammad, mereka merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik progresif revolusioner untuk menuntut kemerdekaan tetapi disebabkan bangsa melayu pada ketika itu sangat lemah dari sudut kekuatan ekonomi mahupun ketenteraan maka rancangan tersebut dibatalkan. Hanya selepas itu apabila keadaan mereka semakin stabil, pada 1938 barulah tertubuhnya parti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan antara parti politik terawal di Tanah Melayu.

Ditulis oleh : Muhammad Aiman Faudzi, JK Informasi dan Kajian, PEMBINA Pusat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top