Siri Kepimpinan Intelektual Dan Latihan – Sesi 1

Siri Kepimpinan Intelektual dan Latihan – Sesi I

Pada 18 April 2009 sebuah program berbentuk latihan yang dijenamakan dengan nama SKIL telah dilaksanakan di Dewan Seminar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ), Seksyen 11 Shah Alam. Peserta sasarannya adalah dari kalangan ahli dan juga sukarelawan PEMBINA.

skill

SKIL merupakan sebuah program bersiri di mana dalam siri pertama ini matlamat yang disasarkan adalah untuk membuka minda para peserta supaya bersedia melakukan pembaikan diri secara berterusan. Bukan hanya untuk kepentingan diri, tetapi demi kebaikan masyarakat secara keseluruhannya.

Unit Latihan dan Kepimpinan PEMBINA telah mengisi program tersebut dengan sebuah forum, dua sesi ceramah dan dua sesi LDK. Melalui forum, para peserta didedahkan dengan realiti sebenar keadaan masyarakat disekitar mereka. Mesej-mesej berkenaan disampaikan oleh ahli panel yang terdiri daripada saudara Mohd Zuraidi Zakaria (Bendahari PEMBINA Pusat) dan Ust.Azrul Hakim bin Suradi (Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg. Air Tawar).

Dalam ceramah pertama, peserta diajak untuk mengenalpasti potensi diri mereka yang mungkin boleh dipertingkatkan melalui perlaksanaan program-program PEMBINA yang telah dirancang. Harapan PEMBINA adalah agar para peserta dapat turut menyumbang dalam menyalurkan manfaat kepada masyarakat khususnya belia melalui program-program seperti pembimbing rakan sebaya, khidmat masyarakat dan aktiviti kesukarelawan yang lain. Ceramah pertama disampaikan oleh saudara Mohd Zul Alwi binMat Adam (Ketua Unit Latihan dan Kepimpinan PEMBINA Selangor)

skill-2

Manakala ceramah kedua disampaikan oleh saudara Dr. Amiruddin Abdul Wahab, yang menyentuh tentang kelebihan berkerja secara berkumpulan melalui organisasi. Disamping itu para peserta turut didedahkan dengan asas-asas pengurusan organisasi yang sememangnya mencabar bagi individu-individu di dalamnya mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

skill-3

Dalam sesi LDK, para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan agar proses latihan serta pembaikan ke atas setiap peserta dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dua orang peserta dari kalangan belia dan beliawanis menerima perhargaan sebagai peserta terbaik yang dinilai berdasarkan ketrampilan mereka dalam aktiviti LDK.

skill-4

skill-7

Di akhir program SKIL, para peserta dihiburkan dengan persembahan nasyid yang penuh semangat daripada kumpulan nasyid Ar-Ra’du. Semoga SKIL di masa hadapan akan menjadi sebuah program PEMBINA yang masyhur bukan hanya pada nama tetapi juga pada isi kandungan yang diolah untuk disajikan.

skill-8

skill-10

skill-12

Sharizan Sumuui

Pengarah SKIL-sesi I

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top