Sambutan positif pengunjung di Karnival Himpunan Sejuta Belia

PUTRAJAYA, 29 Mei – Tapak pameran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di Karnival Himpunan Sejuta Belia anjuran Majlis Belia Malaysia mendapat sambutan yang cukup memberansangkan daripada para belia & beliawanis yang berkunjung ke sini.

Dianggarkan hampir ribuan pengunjung yang berkesempatan bersama-sama bersoal jawab untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh PEMBINA di seluruh negara sepanjang berlangsungnya tiga hari karnival tersebut.

Menurut salah seorang aktivis sukarelawan PEMBINA, Saudara Hakim Bahaman berkata bahawa melalui program sebegini PEMBINA dapat mendekati para belia & beliawanis yang datang dari pelbagai peringkat, minat dan tujuan.

Dengan itu, kita dapat berkongsi pendapat dan idea di samping menyediakan wadah yang berbeza dan unik daripada persatuan belia yang lain

Tapak pameran PEMBINA di Karnival Himpunan Sejuta Belia ini masuk hari terakhir yang berlansung sejak hari Jumaat lepas.

 
Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top