Aktivis Belia Perlu Kreatif Mempromosikan Jenama Belia Muslim – Ketua Beliawanis

Ketua Beliawanis merasmikan booth pameran PEMBINA

 

Putrajaya, 29 Mei – Naib Presiden 2 PEMBINA, Nor Hasni Hayati baru selesai merasmikan booth PEMBINA di program Himpunan Sejuta Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia di Putrajaya. Turut hadir menyaksikan majlis perasmian tersebut, adalah Sekretariat Beliawanis Pusat, Cik Roszida Kamaruddin.

Di dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru agar aktivis-aktivis belia sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadi lebih kreatif dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti belia yang bersifat Islami. Ini kerana aktiviti-aktiviti seumpama ini mampu menyokong projek Modal Insan yang sedang diterajui oleh kerajaan bagi melahirkan belia-belia yang proaktif, dinamik dan seimbang.

Beliau turut memuji usaha ahli-ahli PEMBINA yang menggunakan pendekatan yang bervariasi untuk menarik minat pengunjung semasa ke booth PEMBINA tersebut.

Sekiranya anda berkunjung ke Himpunan Sejuta Belia, booth PEMBINA yang penuh ceria boleh didapati di gerai 42, di hadapan bangunan Kementerian Kewangan. Antara acara-acara menarik adalah live nasyid band jalanan, pidato, pop kuiz islami, teka barang, mini pingpong, mini basketball, teka silangkata, bengkel jahitan, pancing botol, dan dart. Aneka freebies turut disediakan bagi para pengunjung.

Gimik perasmian booth pameran PEMBINA

 

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top