Buat diriku dan beliawanis di luar sana,
Yang sedang enak menyedut udara pemberianNya,
Sedarkah kita setiap sedutan itu hanyalah pinjaman cuma,
Diberikan agar kita berfikir sedalam-dalamnya,
Sedalam udara yang disedut sehingga kita kian bernafas semula,
Hati menangis melihat maksiat yang tiada henti,
Di dalam akhbar bahkan di dalam TV,
Semakin hari semakin menjadi-jadi,
Aku pohon agar kita tidak seperti ini,
Dijauhkan Allah, moga sentiasa dikasihI,
Ketika dikelilingi masyarakat yang kian buntu,
Saat kita juga ragu-ragu memilih perjalanan arah tuju,
Adakah cahaya masih terpancar buat kita yang dibelenggu bayangan menipu,
Agar dapat bangkit mendapatkan tujuan yang satu,
Kucari-cari benih untukku tanam rindu,
Agar dapat Kupetik Kelopak CintaMu,
Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu ini,
Saat mencari sinar cahaya di dalam kegelapan diri,
Kadang-kadang bercahaya kadang redup ditiup sisi,
Kadang-kadang padam disebabkan kurangnya iman dihati,
Hanya pengharapan di akhirat sana agar tiada sesalan di dalam diri.
Hasil nukilan:
Norhamimah Ibrahim
Naib Presiden 2
PEMBINA
10/3/2012, 7.00pm