Program Holiday Homestay 2008

Program Holiday Homestay 2008 bertemu penghujungnya setelah dua minggu berlansung di rumah Saudara Hakim Adzman di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Program kali ini yang dianjurkankan oleh PEMBINA Daerah Hulu Langat adalah yang julung-julung kali diadakan oleh PEMBINA sebagai salah satu peranan mereka dalam masyarakat. Remaja berumur 8 tahun sehingga 15 tahun seramai 24 orang telah berjaya menempuhi latihan ala madrasah dan diberikan sijil serta cenderahati.

Objektif homestay ini adalah melengkapkan hafazan juzu’ 30 peserta, latihan nasyid dan pidato, latihan memasak , dan kerja-kerja amal. Antara aktiviti yang dijalankan ialah hafazan , rekabentuk pertukangan, gubahan bunga hiasan(tanaman), khidmat masyarakat dan amali pidato serta debat ala parlimen.

Peserta juga telah dibawa ke Air Panas Pedas Wet World Park di Rembau dan turut diuji ketika aktiviti Explorace di Putrajaya. Keletihan sepanjang aktiviti tidak menghalang peserta daripada menghabiskan hafazan juzu’ 30 dan juga ma’thurat.

“ Saya gembira kerana dapat mengenali kawan dari jauh dan aktiviti sangat mencabar,” Komen Saifullah, 14 apabila diminta mengulas tentang perasaan peserta.

“ Saya gembira kerana dapat ramai kawan baik, abang-abang yang sungguh bertanggungjawab dan saya juga dapat melakukan aktiviti yang mencabar.” Kata Ahmad Abbad, 12 peserta dari Perak.

Para ibu bapa peserta dilaporkan bersemangat mempersiapkan anak mereka sebelum hari pendaftaran. Pada mulanya pihak PEMBINA hanya menganggarkan jumlah peserta seramai 15 orang namun atas permintaan, jumlah kuota peserta ditambah.” Ramai ibu bapa yang menelefon merayu-rayu untuk mendaftarkan anak mereka, malah ada yang sanggup datang terus dari jauh bagi menempatkan anak mereka di sini. Pihak PEMBINA terpaksa menutup permohonan pendaftaran kerana tempat yang terhad walaupun permintaan tetap datang sehingga hari ke tujuh program berlangsung.” Kata Afizhi,20, Kem Komandan Program Holiday Homestay.

Penonton acara Malam Kesenian Islam yang diadakan pada malam penghujung program , saudara Aizuddin , 24, berkata Program Holiday Homestay merupakan suatu program yang inovatif dan kreatif dan boleh dikembangkan dan dilaksanakan oleh cawangan PEMBINA yang lain. beliau berkata demikian ketika soal jawab bersama Media PEMBINA

Remaja sekolah seluruh Malaysia kini sedang bercuti dan akan kembali ke sekolah pada awal Januari depan bagi menyambung sesi persekolahan untuk tahun 2009.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top