Ekspedisi Gunung Datok

REMBAU, 29 Nov – Belia Negeri Sembilan telah berkumpul beramai-ramai di kaki Gunung Datuk, Rembau untuk menawan gunung terakhir Banjaran Titiwangsa tersebut.

Belia yang diketuai oleh kem komandannya, Saudara Omar Kasim bertekad menghadapi cabaran tersebut dengan tujuan mengeratkan ikatan persaudaraan dan mengukuhkan lagi keimanan di dalam diri setiap belia.

Salah seorang peserta menjelaskan, cuaca sebelumnya berada dalam keadaan yang kurang sesuai untuk pendakian kerana hujan yang amat lebat. Malahan para belia terpaksa beralih tempat tidur bagi merehatkan badan akibat khemah yang bocor dan dimasuki air pada malam tersebut.

“ Cuaca yang baik dan cerah seakan memihak kepada kami untuk meneruskan pendakian.” kata Zul.

Banyak aktiviti dilaporkan telah dijalankan sepanjang pendakian antaranya soalan kuiz di pertengahan jalan, bekalan enam botol air untuk aktiviti survival dan memasak di puncak gunung.

Kata- kata yang menggembirakan kerap terkeluar daripada mulut belia tatkala menjejakkan kaki di puncak gunung. “Subhanallah!!” Itulah ucapan yang dizahirkan tatkala mata menyaksikan sendiri keagungan dan keindahan alam ciptaan Ilahi.

Pada malam berikutnya pula, belia diuji dengan aktiviti lasak ala peperangan iaitu War Game. Program berjalan dengan begitu lancar sehingga keesokan harinya.

Pihak Media PEMBINA mengucapkan sejuta tahniah diatas kejayaan Belia Negeri Sembilan dalam penganjuran aktiviti ini. Bagi belia yang berminat turut serta dalam aktivisme PEMBINA Negeri Sembilan boleh menghubungi terus Pengerusi PEMBINA Negeri, Encik Zakri Md Zin di talian 019- 6627537 atau boleh email terus kepada xzakri@yahoo.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top