Selamat menyambung pengajian bagi mahasiswa dan mahasiswi yang mendaftar bulan ini.
Tiga atau empat tahun adalah tempoh yang kritikal. Tempoh mencari identiti dan erti kehidupan. Yang baik boleh berubah dan yang kurang baik pun boleh berubah.
Yang cemerlang di sekolah atau di asasi boleh gagal disebabkan lalai. Yang tidak cemerlang di sekolah atau asasi boleh cemerlang dengan kesungguhan dan disiplin.
Pesanan ringkas kepada abang-abang senior, hentikan perbuatan buli dan melayan junior seperti kanak-kanak. Dewasakan diri anda supaya generasi anda terhenti daripada berterusan. Adik-adik junior tak perlu diajar dengan tengkingan. Cukuplah sekadar jika dia tidak ke taklimat dan terlepas penerangan prosedur penting dan dia gagal memenuhi apa-apa prosedur, dia belajar sendiri setiap keculasan ada padah dan kesan yang perlu ditanggung.
Alhamdulillah di UIAM dan Uni of Manchester tidak bertemu dengan senior-senior sebegini.
Selamat maju jaya!
Nota: Diambil dari Facebook Saudara Eqwan Roslan.