Pertemuan Mahabbah PEMBINA-GAMIS

Wakil PEMBINA & GAMIS

BANGI, 8 Jun – Satu pertemuan Mahabbah antara Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia  (GAMIS) telah berlangsung di pejabat PEMBINA bagi merapatkan lagi hubungan antara dua persatuan tersebut. Ini merupakan di antara siri pertemuan PEMBINA dalam usaha untuk melebarkan jaringan dengan pertubuhan belia islam yang lain.

Selain daripada sesi bertaaruf, pertemuan yang dihadiri oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery , Pengerusi SIGMA, Nazirah Abu Bakar dan Timbalan Pengerusi MDK, Syahirah Zulkifli telah membincangkan beberapa isu penting mengenai mahasiswa. Antara lain ialah sikap mahasiswa islam yang tidak peduli dengan keadaan semasa di kampus dan negara. Selain itu, perbincangan mengenai jatidiri mahasiswa yang tidak mempunyai daya saing dan kompetensi sehingga jawatan penting dalam kampus diambil alih oleh golongan sosialis-liberal.

Di akhir pertemuan, kedua-dua pihak bersetuju bahawa menjadi tanggungjawab persatuan belia islam untuk melatih para belia bagi melahirkan tokoh masyarakat pada masa akan datang. Semoga pertemuan ini dapat menjadi titik permulaan kepada kerjasama dua hala yang lebih erat antara dua pihak.

Dalam pertemuan bersejarah tersebut, PEMBINA telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Ibrahim Mohd Hasan, JK Informasi, Tengku Asyraf dan Sekretariat Beliawanis, Roszida.

1 thought on “Pertemuan Mahabbah PEMBINA-GAMIS”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top