BANGI, 1 April – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah melakar sejarah dengan penjenamaan semula logo Pembina.
Pengisytiharan tersebut diumumkan setelah usul untuk penjenamaan logo Pembina diterima di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Pembina ke-11 (MATK) yang berlangsung semalam di Institut Genom Malaysia, Bangi.
Logo baru tersebut masih mengekalkan ciri beberapa ciri yang menggambarkan identiti Pembina iaitu glob, kitab dan rehal. Rekacipta kali ini membawakan reka bentuk yang minimalis dan lebih eksklusif.
Pembina akan terus komited membentuk jati diri belia dan mahasiswa dengan usaha mengembang potensi dan membina jati diri ke arah misi 2020 dengan mengaplikasikan tema menjulang misi bertindak berani.
Wartawan Pembina
Nurul Ain binti Abdullah