Kejutan MATK11 : Muka Baru Terajui Kepimpinan Pembina

Antara barisan JKP yang baru dilantik semasa MATK11.

BANGI, 1 April – Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan kali ke-11 Pembina (MATK) secara rasminya telah melaksanakan pelantikan baru Jawatankuasa Pembina Pusat semalam. Kebanyakan JKP baru yang dilantik menampilkan wajah baru yang terdiri dalam kalangan ‘anak muda’.

Seramai 97 orang perwakilan yang terdiri daripada ahli aktif Pembina seluruh negara telah membuang undi bagi memilih pimpinan baru Pembina.

Hasil undian daripada 10 orang calon yang bertanding, 8 orang telah dipilih sebagai pimpinan baru Pembina bagi sesi 2018-2020.

Jawatankuasa yang baru dilantik ialah Muhammad Azam bin Asri (Presiden), Ahmad Muslihuddin (Timbalan Pengerusi), Muhammad Wafiq bin Azman (Naib Presiden 1), Sharifah binti Abdul Samad (Naib Presiden 2), Ikmal Ubaidullah bin Kamaruddin (Ahli Jawatankuasa 1), Nur Nazura Salim (Ahli Jawatankuasa 2) dan Muhammad Nor Azam (Ahli Jawatankuasa 3).

Menurut Sharifah Abdul Samad selaku Naib Timbalan Presiden 2 Pembina yang baru dilantik, PEMBINA meletakkan pimpinan-pimpinan muda mengetuai di pusat supaya idea-idea baru yang lebih mendekati mahasiswa dapat dihasilkan dan menggarap sehabisnya potensi mahasiswa-mahasiswa di IPT.

“Semoga dengan barisan pimpinan pusat yang baru ini dapat memenuhi keperluan umat dalam membangunkan mahasiswa Islam di Malaysia,” ujarnya lagi.

Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan kali ke-11 Pembina diakhiri dengan ucapan penutupan oleh saudara Azam Asri selaku Presiden Pembina Pusat yang baru.

Wartawan PEMBINA
Nurul Ain binti Abdullah

 

Barisan kepimpinan sesi lepas bersama perwakilan dan pemerhati yang menghadiri MATK 11.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top