Pengenalan

[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default”][divider line_type=”No Line” custom_height=”25″][vc_column_text]Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Matlamat Penubuhan

Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Cabaran Penyediaan Generasi Baru

PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisis identiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.

 Objektif

  1. Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
  2. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
  3. Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
  4. Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
  5. Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
  6. Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
  7. Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Visi

Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam.

Misi

+ Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul (menyeluruh).
+ Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.
+ Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.
+ Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri
+ Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default”][vc_text_separator title=”SEJARAH”][vc_column_text]

Jom Sertai PEMBINA

PEMBINA atau nama penuhnya Persatuan Belia Islam Nasional ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 atas inisiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai salah satu agensi rasmi yang menfokuskan kepada belia di Malaysia. Idea penubuhan PEMBINA adalah daripada Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mahu melihat PEMBINA dapat beramal dalam medan belia dengan gaya yang tersendiri tanpa terikut dengan gerak kerja ISMA.Pada tahun tersebut juga PEMBINA telah berdaftar secara rasmi DENGAN Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan atau ROS.

Sebelum ini, PEMBINA lebih dikenali sebagai Biro Belia ISMA yang bernaung secara langsung di bawah ISMA yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Ismail. Satu jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Dr Kamil Azmi Tohiran telah dibentuk bagi merasmikan pendaftaran PEMBINA di bawah ROS. Sebagai salah sebuah NGO yang berdaftar, PEMBINA mempunyai perlembagaan tersendiri yang telah diluluskan dan tertakluk ke atas segala peraturan ROS. Pada saat ini, PEMBINA telah wujud sebagai sebuah entiti sendiri yang berbeza dengan ISMA dari sudut pengurusan dan hala tuju. PEMBINA mempunyai fokus tersendiri dalam agenda dan kerangka gerak kerjanya membina dan menyeru belia kepada cara hidup Islami.

Tahun 2007 telah memperlihatkan satu lagi anjakan yang ditonjolkan oleh PEMBINA. Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah badan NGO belia, PEMBINA telah berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Pendaftaran ini telah disempurnakan di dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi mengiktiraf persatuan belia yang telah berdaftar dengan ROY.

kamarul

Ahli PEMBINA sendiri perlu lebih berani tampil selaku anak muda didalam menyuarakan pandangan berkaitan isu-isu belia. Seminar Belia Islam Nasional yang berlangsung di Sekolah Teknik Sepang adalah program nasional pertama yang telah dilaksanakan oleh PEMBINA merupakan titik permulaan bagi 300 ahli PEMBINA untuk merancakkan aktivisma di cawangan masing-masing.

Satu lagi peristiwa penting dalam sejarah PEMBINA ialah majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diatara Presiden PEMBINA, Dr. Kamil Azmi Tohiran dan Ustaz Abdullah Zaik, ISMA pada 13 Februari 2010. Kandungan MoU tersebut adalah bagi mengukuhkan tarbiyah ahli PEMBINA melalui saluran ISMA sebagai rakan strategik bagi menjalankan aktiviti tarbiyah. Ini membuktikan bahawa PEMBINA begitu komited dalam melahirkan para aktivis belia yang mempunyai kefahaman Islam yang benar dan lebih terpadu dalam membawa agenda Islam dalam kalangan belia.

Pada 3 April 2012 telah memperlihatkan satu lagi anjakan kepada penonjolan PEMBINA dalam persada tanah air di mana PEMBINA dengan kerjasama Aman Palestin Berhad telah berjaya menganjurkan satu program di peringkat nasional iaitu Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionais (KBAZ) yang berlangsung di Dewan Utama PWTC dengan kehadiran lebih 3000 peserta di mana kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan belia.

Program yang telah dihadiri oleh Tuan Azam Tamimi ini telah berjaya memberi satu penonjolan imej kepada PEMBINA dan dalam masa yang sama memberi gambaran yang jelas kepada para peserta mengenai kedudukan palestin dan zionis dari perspektif yang tepat.

beliawanis

PEMBINA terus berkembang apabila hampir keseluruh negeri mula mendaftarkan PEMBINA secara rasmi dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Belia(ROY). Sesuailah dengan status sebagai sebuah persatuan nasional, program-program PEMBINA lebih bersifat lokaliti dan dianjurkan di peringkat cawangan. Jumlah keseluruhan cawangan yang telah berdaftar adalah sebanyak 17 cawangan PEMBINA di seluruh negeri.

Pada tahun 2012, PEMBINA telah menggubal polisi dalaman di mana had umur penggerak PEMBINA dihadkan kepada umur 30 tahun sahaja. Ini bagi memberi laluan kepada generasi pelapis yang lebih muda menerajui PEMBINA. Pelantikan organisasi baru PEMBINA yang diketuai oleh saudara Zaizul Azizi B. Zaman telah memberikan nafas baru kepadagerak kerja dalam organisasi PEMBINA. Antara fokus utama ialah untuk membangun dan memulihara jati diri belia Islam yang dilihat mula hilang identiti.

Antara projek besar yang dilaksanakan dengan kerjasama ISMA ialah Konvesyen Pemikiran Hassan AlBanna (KOBANNA) dan keterlibatan PEMBINA dalam penglibatan sebagai pembentang kertas kerja dalam ASEAN logics.
Tahun 2011 pula memperlihatkan PEMBINA mula beralih fokus kepada pembangunan jati diri mahasiswa yang boleh dibangunkan melalui aktivisma mahasiswa. Dibawah presiden Norzafry Norhalim, sebuah jawatankuasa khas bagi memantau aktivisma mahasiswa, jawatankuasa Aktivisma Mahasiswa (JKAM) telah ditubuhkan.

Antara peranan utama JKAM ialah untuk menghidupkan kembali aktivisma mahasiswa dengan mendaftarkan PEMBINA secara rasmi di bawah pentadbiran di IPTA/S. Kewujudan JKAM telah merancakkan lagi aktivisma mahasiswa dan hasilnya sebanyak 6 tanzhim (persatuan) mahasiswa yang telah berdaftar secara rasmi termasuklah UIAM, UNITI dan Institut Ranaco.

ibrahim tv1

Kewujudan PEMBINA telah mula dirasai apabila muncul dalam pelbagai saluran media. PEMBINA mula dijemput untuk memberi pandangan berkaitan isu-isu belia dalam media alternatif termasuk MOBTV, Astro Oasis dan sebagainya. Begitu juga dengan artikel-artikel yang disiarkan dalam laman akhbar dan juga majalah mengulas mengenai isu belia.

Peristiwa yang menarik pada tahun ini ialah apabila PEMBINA terlibat secara terus dalam menjayakan dua program besar ISMA iaitu Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Melayu Islam Melaka (KEMM) dan Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN). Penganjuran KEMM telah berjaya membongkarkan potensi dan kegemilangan bangsa Melayu yang telah lama dilupakan. Ini telah memberi semangat terutamanya kepada golongan belia dan mahasiswa untuk kembali bangkit mencipta kegemilangan tersebut.

Apa yang menarik berlaku sewaktu HIMPUN ialah pertama kali dalam sejarah, PEMBINA berjaya meyakinkan dua gerakan besar mahasiswa di Malaysia, duduk bersama dan bersepakat dalam menangani isu aqidah. Walaupun masih muda dalam dunia mahasiswa jika ingin dibandingkan dengan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS), PEMBINA yakin bahawa di sana ada satu titik di mana mahasiswa-mahasiswa Islam perlu bersatu dan terus memperjuangkan agenda Islam. PEMBINA akan terus konsisten menjadi gerakan mahasiswa yang neutral dan menjadikan perpaduan sesama Islam sebagai jalan terbaik dalam membuktikan kekuatan gerakan mahasiswa Islam.

ibrahim03

Tahun 2012 sekali lagi memberi nafas baru kepada PEMBINA apabila beberapa orang mahasiswa tempatan telah diberi mandat untuk menerajui barisan kepimpinan PEMBINA dibawah Presiden, Ibrahim Mohd Hasan. Motto yang dibawa pada tahun ini adalah “Meneraju Arus Mahasiswa” dan motto ini dipilih bagi membuktikan keazaman PEMBINA dalam memimpin gerakan mahasiswa setelah melihat keadaan dimana mahasiswa telah mula hilang arah dan gerakan mahasiswa yang sedia ada dilihat kurang berkesan untuk memimpin mahasiswa kepada satu agenda yang jelas.

Perubahan ini memberi satu petanda yang jelas bahawa PEMBINA memberi fokus untuk menjadikan mahasiswa sebagai sasaran mengembalikan aktivisma yang telah hilang. Walaupun masih baru dalam arena gerakan mahasiswa, PEMBINA yakin bahawa kewujudan mereka mampu mengisi kelompongan yang masih ditinggalkan oleh pihak lain. Hasilnya, beberapa IPT/S lain telah meluluskan pendaftaran PEMBINA secara rasmi termasuklah UiTM Arau, UiTM Shah Alam, UIA Kuantan, UIA PJ dan UNISZA.

Namun usaha yang ingin diperjuangkan oleh PEMBINA nampaknya tidak begitu mudah. Tahun 2012 mencatatkan kebangkitan golongan liberalis dari kalam mahasiswa yang cuba mengisi kekosongan tersebut. Pengaruh liberal telah mula menular dalam kalangan mahasiswa apabila tercetusnya isu Adam Adli yang kemudiannya cuba menghidukan gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Rentetan daripada kesan liberalisasi ini maka tercetuslah beberapa peristiwa malang yang meloyakan termasuklah tragedi berdarah UPSI, Gerakan Kebebasan Akademik dan Demonstrasi Hapus PTPTN dan gerakan Occupy yang cuba dihidupkan oleh Fahmi Reza.

PEMBINA mengambil langkah untuk tidak terlibat dengan pengaruh liberal ini bahkan menentang sekerasnya arus liberalisme yang kian menjalar dalam kalangan mahasiswa. PEMBINA yakin bahawa arus ini tidak mampu untuk disekat seorang diri bahkan perlu diusahakan dalam bentuk kumpulan. Bertitik tolak daripada ini, PEMBINA mengambil posisi untuk menyerang arus liberalisasi dengan penuh rasa tanggungjawab.

pembina di gaza

Hasilnya satu dialog mahasiswa “Student Power: Radikal atau Rasional” telah dianjurkan oleh PEMBINA di NIOSH pada 2 Jun 2012 bagi memberi takrifan sebenar kepada istilah Student Power dan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh gerakan mahasiswa dalam mengembalikan kekuatan dan suara mahasiswa.

Rentetan daripada itu, PEMBINA yang terus komited untuk membanteras arus liberalisma telah menganjurkan Himpunan Mahasiswa Nasional (HIMMAH 12`) di Kompleks Rakan Muda, Klang. Himpunan ini diadakan adalah bagi membentangkan kertas kerja berkenaan sejarah gerakan mahasiswa, ancaman liberalisma dan peranan mahasiswa. Himpunan yang disertai oleh lebih 350 orang ahli PEMBINA ini dilihat mampu memberikan suntikan kepada ahli PEMBINA seluruh negara untuk berhadapan dengan ancaman ini. Di antara resolusi HIMMAH 12` ialah untuk mengadakan roadshow ke IPT-IPT seluruh Malaysia bagi memberikan penerangan ancaman liberalisma.

Diharapkan agar PEMBINA dapat terus meneraju arus mahasiswa dalam visi memartabatkan agenda mengembalikan kegemilangan mahasiswa berasaskan neraca Al-Quran dan Al-Sunnah yang betul dan sahih. Sesungguhnya masyarakat menantikan satu golongan mahasiswa yang mampu membimbing dan meneraju suatu arus yang mampu menggerakkan kembali mahasiswa-mahasiswa yang tidak jelas arah tujuan mereka kearah yang lebih jelas tujuannya.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top