PEMBINA turun bantah program seks bebas

 

SHAH ALAM 4 November – Bantahan rakyat terhadap program Seksualiti Merdeka semakin memuncak apabila pelbagai pihak di seluruh negara turun berdemonstrasi menyatakan bantahan mereka terhadap program sebegini.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengambil tempat bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan(NGO) yang lain mewakili golongan belia Islam di seluruh negara menyuarakan bantahan terhadap budaya songsang ini.

Menurut Presiden PEMBINA,”Saya berhasrat agar semua rakyat Malaysia dapat menghormati Perlembagaan dan tidak membuat sebarang provokasi yang akan mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan kaum”

Beliau yang ditemui di sini berasa hairan umat Islam di negara ini perlu terlalu bertoleransi sehingga menggadaikan hak dan prinsip sendiri.

“Saya berasa hairan, mengapa setiap kali isu ini berlaku, yang dituduh menimbulkan kekacauan ialah orang Islam dan setiap masa hanya orang Islam sahaja dituntut untuk bertoleransi terhadap masyarakat berbilang kaum”, jelas beliau lagi.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid turut berkata tindakan penganjur menghalalkan perkara yang haram sebagai menghina dan mencabar hukum Islam.

Demonstrasi yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini dipimpin oleh Hj Aminuddin Yahaya, Timbalan Pengerusi Gabungan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA).

Menurut Hj Aminuddin, program tersebut mempunyai agenda tersirat untuk menggerakkan kempen berterusan bagi mengubah nilai dan landasan akhlak masyarakat di negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

MediaPEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top