PEMBINA Tolak Politik Radikal

Oleh: Hanafi Muidnudin

Johor Bahru, 3 Nov – Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mendapati politik radikal yang berlaku dalam musim Pilihanraya Kampus (PRK) kebanyakannya dinaungi dan didokong oleh mahasiswa Islam. Pendekatan politik sebegini dilihat sangat merugikan kerana mahasiswa Islam sendiri tidak jelas tujuan politik yang sebenar.

Saudara Uzair Izzat Amir Muhammad, JK Politik Kampus PEMBINA di dalam satu kenyataannya ketika dihubungi wartawan PEMBINA dipetik berkata, perwakilan mahasiswa perlu lihat sasaran sebenar mereka bertanding dalam PRK.

Mereka sepatutnya membawa suara mahasiswa dengan lebih tinggi sekaligus menekankan pembinaan jatidiri mahasiswa dalam manifesto yang dibawa.

“Adakah mereka (mahasiswa) masuk PRK kerana hendak membuat kekacauan atau hendak membawa suara mahasiswa? Kalau mereka hendak membawa  suara mahasiswa, sepatutnya aspek jatidiri mahasiswa perlu ditekankan dalam manifesto mereka. Jadi kerana itulah, PEMBINA menghantar wakil bertanding dalam PRK kerana PEMBINA mahu membina jatidiri mahasiswa Islam itu sendiri”, tegasnya.

Menurut beliau lagi, mahasiswa perlu hentikan pendekatan ini kerana ianya dilihat sebagai mencedok politik dari luar yang tiada kesudahannya dengan budaya fitnah memfitnah, jatuh menjatuh, berdemonstrasi dan sebagainya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top