PEMBINA terus memacu arus mahasiswa

BANGI 11 Februari – Lima tahun Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di persada belia dan mahasiswa menyaksikan PEMBINA terus melakarkan kejayaan.
 
Norzafry Norhalim, mantan Presiden PEMBINA itu berkata,”Kejayaan PEMBINA menempatkan diri di dalam masyarakat kampus membuktikan ahli-ahli PEMBINA begitu komited dalam membawa mesej kita.
 
PEMBINA juga dilihat responsif dalam isu mahasiswa dengan mengekalkan pendirian yang neutral dan konsisten tanpa elemen emosional dalam menyatakan pandangan.” tambah beliau lagi.
 
Mesej PEMBINA juga mendapat perhatian media massa seperti menerima jemputan ke program TV Astro Awani, MobTV, TV9 serta pembentangan kerta kerja di beberapa wacana peringkat universiti dan kebangsaan.
 
“Kita juga berjaya membina hubungan yang baik dengan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) , Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan ersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).”
 
Hubungan baik yang terjalin ini telah membuahkan beberapa kesatuan pendapat dalam isu-isu tertentu seperti Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) dan beberapa perkara yang dipersetujui bersama.
 
Sehingga kini PEMBINA telah berjaya menembusi hampir 48 buah IPT daripada 98 buat IPT di seluruh negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top