PEMBINA Tawan Hati Belia di Festival Belia Putrajaya

25 Mei 2013- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah mengedarkan sekurang-kurangnya 1000 helai risalah menyeru belia supaya kembali kepada pembinaan jati diri Muslim ketika  majlis perasmian Festival Belia Putrajaya, di Putrajaya. Beberapa orang ahli PEMBINA yang terdiri dari pelbagai cawangan seperti Bangi, Shah Alam, Seremban, Kuala Lumpur dan Gombak telah mula mengedarkan risalah sekitar pentas utama bermula jam 8 malam dan berakhir sekitar 10.30 malam. Langkah ini diambil kerana PEMBINA mengambil berat terhadap serangan ideologi yang membebaskan umat islam daripada pegangan islam yang kukuh.

“Pengaruh hedonisme dan liberalisme merupakan suatu kesan kepada aqidah umat islam kerana tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Saudara Aiman Faudzi yang juga turut hadir pada malam perasmian. Seruan dari PEMBINA kepada saudara Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan yang baru supaya beliau lebih menekankan projek pembangunan jati diri Islam dalam diri belia.

FBP

Ucapan tahniah dan terima kasih diberikan kepada ahli PEMBINA yang bersemangat tinggi kerana hadir pada malam perasmian untuk turut serta menyebarkan risalah tersebut.  Ahli-ahli yang terlibat adalah daripada cawangan PEMBINA Bangi, Shah Alam, Seremban, Kuala Lumpur dan Gombak.

Sedikit perkongsian daripada  saudara Eqwan Roslan, ahli PEMBINA Gombak yang menceritakan serba sedikit pengalaman beliau sepanjang malam perasmian. Kata beliau:

“Pengalaman yang diperolehi merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Ada segelintir yang mengabaikan tetapi terlalu ramai yang mesra dan menerima risalah PEMBINA dengan senyuman.”

Langkah yang dibuat oleh PEMBINA ini merupakan suatu yang unik buat ahli dan buat belia umum yang hadir pada hari itu.

Ketika ditanya kepada ahli PEMBINA Shah Alam, saudara Qamarul Nazrin mengenai apakah harapan beliau selepas melihat tingkah laku belia yang berkunjung ke Festival Belia Negara, “Harapan saya agar dapat menyedarkan belia betapa pentingnya mengembalikan jati diri Muslim dan tidak terikut-ikut dalam budaya hedonisme.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top