BANGI, 28 Mei- Kongres NGO Islam ‘Menangani Cabaran-Cabaran Semasa UmatsIslam melihatkan wakil dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) diberi peluang untuk membahaskan usul.
Pada sesi yang bertajuk ‘penyantunan politik umat’, Saudara Sharifah Abdul Samad dari Unit Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) melihat kepentingan anak muda dalam arena politik.
Hal ini kerana anak muda pewaris masa depan Negara, jadi corak pimpinan muda dalam arena politik sekarang akan menunjukkan masa depan Negara.
Turut sama di pentas pada ketika itu adalah Ustaz Ismail Mina, Presiden MUAFAKAt dan Dr .Yusri Mohamad Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Saudari Sharifah turut membahaskan isu berkenaan ancaman liberalism yang membunuhmahasiswa, anak muda dan masyarakat.
“Jadi bila orang muda yang dalam politik berfikiran liberal, masa depan umat Malaysia pada masa hadapan akan hancur”, tegasnya dihadapan lebih 1200 orang penonton sempena Temasya Muamalah Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara cadangan lain yang diutarakan PEMBINA adalah tentang mengutamakan isu kesucian dan kepentingan Islam sebagai isu pokok.
“PEMBINA melihat betapa pentingnya persepakatan umat Islam Malaysia. Identiti negara berteraskan kepada Islam, melayu dan Raja meletakkan isu kesucian serta kepentingan Islam sebag ai isu nasional perlu dipertahankan. Fahaman politik liberal perlu di sekat dan dihalang kerana ia mampu membunuh sesebuah tamadun manusia.
Program yang berlangsung selama empat hari itu merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut mendapat kerjasama dari ACCIN, PEMBELA, MUAFAKAT, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).