PEMBINA sokong pandangan PKPIM, Kelas Hudud untuk MCA perlu libatkan juga DAP

23 Okt, Bangi- PEMBINA menyokong cadangan PKPIM untuk mewujudkan kelas khas bagi pemimpin MCA yang keliru berkenaan hudud di dalam Islam. Kelas Hudud Khas ini juga seharusnya diadakan juga untuk pemimpin DAP yang dari dahulu sering menimbulkan spekulasi berkenaan pelaksanaan Hudud dan perundangan Islam di Malaysia. Ini berikutan kenyataan Presiden MCA baru-baru ini dan Pengerusi DAP sebelum ini yang secara terbuka dan konsisten mempertikaikan perlaksaan hudud seterusnya menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Tindakan-tindakan mereka dilihat sebagai suatu tindakan biadap dan tidak hormat pemimpin non muslim terhadap sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di Malaysia.

“Sekiranya mereka jahil tentang hudud maka tak perlu bagi mereka mengulas isu tersebut. Kami sarankan mereka ke kelas hudud dan belajar apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan hudud sebelum membuat kenyataan terbuka.”Presiden PEMBINA, Ibrahim B Mohd Hasan ketika ditanya menyatakan bahawa isu hudud sering diulas oleh bukan ahlinya menyebabkan kekeliruan berlaku dikalangan masyarakat di Malaysia. “Mana mungkin seorang doktor perubatan menasihati cara-cara untuk membaiki kapal selam?” ujar beliau lagi.

Beliau juga turut mengaitkan bahawa hak kebebasan bersuara yang dipromosikan oleh puak-puak liberal di Malaysia seperti SUARAM turut menyumbang kepada budaya ‘setiap orang berhak untuk bersuara dan menyatakan pendapat’ tanpa mengira batas dan ruang lingkup yang sesuai.

Jika semua orang boleh bercakap menurut pendapat dan logik akal mereka sahaja di mana letaknya Al-Quran dalam kehidupan kita sedangkan Islam merupakan agama persekutuan dalam perlembagaan kita? Kenyataan Soi Lek dan Karpal jika dibiarkan berterusan dilihat boleh mencetuskan huru-hara dalam negara.

Tambah beliau lagi, umat Islam harus bersatu mempertahankan semua sistem berasaskan Islam. Seharusnya tidak timbul isu Hudud Pas atau Hudud Umno, kerana pada hakikatnya hanya ada satu sistem hudud dan hanya ada satu agama Islam. Islam tidak perlu mengikut mana-mana pihak atau parti politik, tetapi semua parti politik umat Islam harus mengikut Islam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top