PEMBINA Sertai Sokongan Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

 

PUTRAJAYA 22 September 2011 –  PEMBINA bersama gabungan NGO-NGO Islam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

Penyerahan memorandum diketuai Mufti Perak, Dato’ Harrusani Zakaria diserahkan kepada wakil Setiausaha politik Perdana Menteri pada majlis penyerahan jam 3.30 petang di hotel Shangri La Putrajaya.

PEMBINA diwakili oleh ahli jawatankuasa pusatnya, Abdul Hakim Adzman. Beliau mengulas, “Langkah pembaharuan ini amat positif dan sangat berani dan bertepatan masanya berdasarkan langkah ke hadapan dan realiti baru dunia hari ini.”

“Era kini menuntut lebih keterbukaan dan negara tidak boleh berada di takuk lama serta kerajaan perlu cekap mengurus risiko tanpa bergantung kepada undang-undang seperti ISA,” demikian pandangan Abdul Hakim.

Memorandum tersebut secara khususnya menyokong pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 September 2011 yang lepas.

 

Media PEMBINA

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top