PEMBINA sasar 9 ribu ahli aktif

 photo_2014-12-09_06-42-15

BAGAN LALANG, 9 Dis – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mensasarkan untuk mencapai 9 ribu orang ahli aktif menjelang akhir tahun 2015.

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohamad Hasan ketika Perhimpunan Pimpinan PEMBINA (PIMPIN) kelmarin.

Projek 9 ribu keahlian yang dinyatakan oleh Ustaz Ibrahim adalah berdasarkan pada perancangan serta target pencapaian cawangan PEMBINA di seluruh Malaysia sambil merujuk kepada strategi yang bakal dilaksanakan menjelang tahun 2015.

“Sasaran untuk mencapai 9 ribu ahli aktif menjelang akhir tahun 2015 akan boleh dicapai dengan pemerkasaan cawangan-cawangan PEMBINA seluruh Malaysia di samping merancakkan lagi tajmik ala PEMBINA,” ujar beliau lagi.

Menurut Ustaz Ibrahim, pemerkasaan cawangan-cawangan PEMBINA akan dilakukan dengan meningkatkan keupayaan ahli di cawangan melalui pengamalan disiplin yang tinggi dalam pelaksanaan plan tindakan kritikal di cawangan dan IPT.

PIMPIN merupakan program yang mengumpulkan semua pengerusi cawangan dan ketua beliawanis cawangan seluruh Malaysia bagi mengadakan komunikasi dua hala bersama barisan pimpinan Jawatankuasa Pusat (JKP).

Mengikut rekod PEMBINA telah mempunyai 24 cawangan dan merancang menambah 10 lagi cawangan pada tahun hadapan. Selain itu juga PEMBINA telah mendaftar secara rasmi di 20 pusat pengajian tinggi.

Sebagai pencapaian semasa, sepanjang penubuhan hingga tahun 2014 seramai 20,955 ahli telah mendaftar bersama PEMBINA dan  menyasarkan seramai 33,888 keahlian menjelang penghujung tahun 2015.

Mohd Haziqq Mohd Isa

Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top