PEMBINA Perlis Beriadah di Lata Bukit

 

BALING 21 Feb – Bersemangat sekali Hanif, Lutfi, Amir, Asyraf dan Juraij untuk menyertai trip PEMBINA Perlis ke Lata Bukit Hijau kali ini. Dengan menaiki ‘buraq’ terus bergerak laju meninggalkan Perlis sekitar jam 8.20 pagi, 21 Februari yang lalu. Lata hijau terletak di dalam daerah Baling, sebuah tempat rekreasi pelancongan yang sangat menarik di Kedah Darul Aman.

Sampai ke destinasi lebih kurang jam 11.00 pagi. Kelihatan tidak ramai pengunjung yang ada di kawasan tersebut. Sedikit menggembirakan kami kerana jangkaan kami meleset..”ingatkan mesti ramai pengunjung waktu cuti-cuti ni” .

Ekspedisi mendaki bukit hijau pun bermula. Pelbagai ragam manusia yang dapat kami rakamkan. Melihat dan mentadabbur alam ciptaan Allah memang benar-benar menginsafkan kami semua disepanjang pendakian. Teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, bagaimana beliau mengarahkan tentera-tentera Islam untuk menolak kapal melalui bukit dalam cubaan untuk menawan konstantinopel.

Segala keletihan menjadi sirna bila kami sampai ke puncak. Suasana nyaman dan damai menggamit perasaan untuk terus terjun ke dalam kolam. Lebih kurang sejam kami menjalani aktiviti mandi dan juga disusuli dengan tazkirah alam. Masing-masing mengucapkan rasa syukur kerana mengikuti trip kali ini dan penuh iltizam untuk mengukuhkan tali persaudaraan dan berusaha untuk memahami kembali Deen Islam ini.

 

 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Radix Fried Chicken (RFC) Sungai Petani. Restoran Halal milik umat Islam. Sesak dengan pelanggan. Terpaksalah kami menyusun strategi untuk mendapatkan meja yang kosong. Selepas setengah jam menunggu, barulah sampai giliran kami.. Dapatlah kami menikmati ayam goreng spicy RFC  Kelihatan kempen Gaza dari Aman Palestin di atas meja. Alhamdulillah.

Secara keseluruhannya, trip kali ini mencapai objektif yang kami tetapkan. InsyaAllah.. Semoga ianya menjadi kenangan didikan buat semua peserta trip Lata Hijau kali ini. Terima kasih kepada pemilik ‘buraq’, saudara Hamzah yang sedia ke mana sahaja apabila diperlukan..

Wallahu’alam
Abu Balqis

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top