Pada 29 hingga 31 Disember 2009 yang lepas, PEMBINA Port Dickson telah melaksanakan dengan jayanya satu program Nadwah Kepimpinan untuk para pelajar Kolej UNITI, Port Dickson yang melibatkan seramai 30 orang peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi ceramah, explorace, riadah dan banyak lagi. Tokoh-tokoh penceramah yang hadir termasuk Ustaz Soberi Awang selaku Ketua Biro HRD ISMA Port Dickson (Cabaran Belia Islam dalam Era Globalisasi), Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Naib YDP ISMA Seremban (Antara Ijazah dan Risalah) dan Ustaz Sanusi Azmi selaku Timbalan Dekan Fakulti Al-Quran & Sunnah USIM (Hadith Ghulamu Dakwah).
Para peserta yang terlibat menunjukkan kesungguhan yang tinggi dan memberikan tumpuan yang jitu sepanjang berlangsungnya Nadwah Kepimpinan ini. Respon-respon yang diterima daripada mereka juga amat memberangsangkan dengan majoritinya menyuarakan keinginan untuk menjadi penolong kepada agama Allah. Ternyata masih wujud lagi golongan pemuda dan pemudi yang menginginkan iman dan tarbiyyah di saat ramai belia masa kini yang tenggelam dalam keseronokan dunia. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan hidayah kepada peserta-peserta Nadwah Kepimpinan PEMBINA Port Dickson ini agar menjadi generasi harapan yang akan menjulang martabat Islam.