Kerajaan Tetap Sokong Perjuangan Belia

Active Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan akan tetap memberi sokongan dan bantuan terhadap perjuangan belia kerana mereka menjadi penentu kejayaan serta masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, gerakan belia dan kerajaan tidak boleh dipisahkan kerana pertubuhan belia menjadi wahana untuk melahirkan pemimpin berkaliber pada masa depan.

Beliau juga mengakui berasa senang dengan hubungan yang terjalin antara gerakan belia dan kerajaan.

“Saya senang hati bahawa gerakan belia dengan kerajaan adalah hubungan yang tidak boleh dipisahkan. Belia adalah rakan setia, rakan kongsi kerajaan.

“Kita bersama-sama dalam perjuangan untuk membina generasi belia yang mempunyai jati diri kukuh. Kita mantapkan lagi jati diri belia supaya mereka lebih gigih dalam perjuangan.

“Hasrat saya sebagai Perdana Menteri agar belia mempunyai keberanian menghadapi cabaran dengan penuh iltizam,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap selepas melancarkan Pertubuhan Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) dan merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM ke-58 di sini, malam tadi.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Pada majlis itu, Najib turut menerima Anugerah Khas MBM kerana peranan dan jasanya membangun serta memperkasa gerakan belia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top