30 Januari 2010 – Ahli PEMBINA Johor dikejutkan dengan berita mengenai kemalangan yang berlaku di KM 114 PLUS arah Selatan pada jam 9.40 malam sejurus selepas acara Konvensyen Pemikiran Hassan al-Banna (KOBANNA 2010) berlangsung. Kemalangan ini membabitkan 2 orang penggerak PEMBINA- Saudara Yazid Yahya (pemandu) dan Saudara Zulhilmi Sharizal serta 4 orang penggerak KRIM- Saudara Izwan, Saudara Hanif, Saudara Soim dan Saudara Aiman ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Johor selepas acara KOBANNA tamat.
Tiga daripada mereka yang berada di sebelah kanan kereta dilaporkan mengalami kecederaan dengan seorang mangsa yang masih kritikal ditahan di wad namun dalam keadaan yang stabil. Saudara Yazid mengalami keretakan di bahagian tulang siku dan jari manakala yang lain mengalami kecederaan ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Segala pujian bagi Allah yang memanjangkan umur mereka daripada nahas yang dialami. Seluruh warga ISMA Johor, dan PEMBINA Johor mengucapkan takziah buat semua mangsa dan ahli keluarga. Semoga diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan Allah swt ini dengan penuh kesabaran dan semoga cepat sembuh seperti sediakala.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
lawati:http://disinikubermula.blogspot.com/