PEMBINA anjur Friendly Comparative Religion

MITC, Ayer Keroh, 8 – 9 Jun 2013, Friendly Comparative Religion telah julung-julung kali diadakan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ) cawangan Melaka dengan kerjasama Islamic Information Service Foundation (IIS) dan telah berjaya menarik minat seramai hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiwa dan mahasiwi juga orang dewasa.

Program dua hari yang diadakan di Rumah Media, MITC Melaka ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tanggungjawab dakwah kepada non-muslim , memberi pengenalan ringkas tentang agama-agama lain untuk dijadikan hujah dalam menyampaikan dakwah kepada non muslim dan akhir sekali adalah menangkis beberapa salah faham terhadap ajaran Islam yang menyebabkan umat Islam berada di dalam ‘comfort zone’ dan tidak melaksanakan dakwah.

Selari dengan hasrat oleh saudara Nurul Aizam Zaini merangkap Pengerusi PEMBINA Melaka didalam ucapan pembukaan beliau “Dalam kita sibuk merangka perancangan  dakwah yang rapi terhadap kawan-kawan seagama disekeliling kita namun tidak sepatutnya kita melupakan untuk menyampaikan risalah kepada rakan-rakan non-muslim kerana kedua-duanya merupakan anjuran Rasul kita”.

SONY DSC SONY DSC

Menjadi seorang mahasiswa yang mempunyai jati diri , ia tidak hanya cukup dengan kebolehan petah berkata-kata tetapi mahasiswa tersebut perlu dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut. Mutakhir ini, kita dapati ancaman kristianisasi menular ibarat cendawan tumbuh selepas hujan justeru PEMBINA telah mengambil langkah bijak dengan menyediakan program yang memberi pendedahan tentang agama-agama lain dan salah satunya adalah agama Kristian.

Akhir sekali , usaha ini seharusnya menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain agar kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung sehinggakan kita tidak mengenali siapakah musuh kita diluar sana.

Program ini berakhir dengan ucapan penutup oleh Timbalan Pengerusi PEMBINA Melaka saudara Mohd Farhan bin Abdullah. Dalam ucapannya beliau melihat bahawa kerjsama antara PEMBINA dan IIS merupakan bentuk kerjasama yang amat baik dan saling melengkapi antara satu sama lain. Antara lain lagi, beliau menyeru peserta agar mendaftarkan diri sebagai ahli PEMBINA bagi melonjakkan potensi yang ada dalam diri belia khususnya mahasiswa melalui program dan produk-produk keluaran PEMBINA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top