Pelancaran laman sesawang baharu PEMBINA

Tetamu kehormat, Dr. Kamsani Samingan merasmikan laman sesawang terbaru.


BANGI
 2 Julai – Versi terbaru laman sesawang rasmi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) secara rasminya dilancarkan sempena Mesyuarat Agung Luar Biasa PEMBINA di sini.

Laman sesawang kali ini lebih menarik dan interaktif dengan jaringan pengupayaan Facebook, Twitter, galeri gambar, komentar, PEMBINA TV serta majalah dwi-bulanan dalam usaha mendekati belia dari segenap sudut minat dan latar belakang.

Menurut Timbalan Presiden PEMBINA, Saudara Ibrahim Mohd. Hassan, usaha ini sejajar dengan misi PEMBINA untuk meluaskan lagi cakupan dengan kaedah yang lebih kreatif dan strategik serta penggunaan tenaga yang minimum.

Semenjak laman ini mula beroperasi sepenuhnya semenjak 2 bulan yang lalu, purata capaian dan respon pengunjung meningkat dengan mendadak. Ini menunjukkan isu dan bahan yang disampaikan mendapat perhatian ahli dan orang ramai.

Laman sesawang PEMBINA boleh dilayari di http://pembina.com.my.

Media PEMBINA

Wartawan : Azril Hanafi
Jurugambar : Nazmie Razak , Hakeem Adzman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top