PBB Mencatur Kehancuran Muslim Malaysia

PeaceSymposium2015

Saya telah menyertai Peace Symposium KL 2015, Selasa yang lepas. Pada symposium tersebut, telah diadakan perbincangan bertajuk, “Understanding Shariah from the Religious and Rights Perspectives”. Maklumat tentang pihak penganjur simposium tersebut tidak dinyatakan kepada umum walaupun saya mendaftar seminggu awal dari tarikh simposium tersebut. Apabila berhubung dengan koordinator simposium tersebut di whatsapp, mereka hanya mewakilkan diri mereka sebagai Peace Loving Society. Perkara tersebut berlanjutan sehinggalah sewaktu hari kejadian di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur, apabila terpampang dengan jelas di simposium tersebut logo International Human Rights Committee, Ahmadiyya Muslim Community dan Projek Dialog.

Ajaran Ahmadiyya telah difatwakan haram sejak 1998 (rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-ajaran-ahmadiahqadiani danhttp://www.e-fatwa.gov.my/artikel/kempen-kesedaran-tentang-fitnah-ahmadiyah-qadiani ). PBB bijak menggunakan suara minoriti (Ahmadiyya) juga platform media liberal Projek Dialog di Malaysia demi menyebarkan Islam baharu tafsiran Barat.

Ini bukan kali pertama kami melihat dengan mata kepala kami sendiri tangan-tangan licik PBB menyelinap masuk ke Malaysia dan memberi public education kepada rakyat Malaysia mengenai Islam. PBB kononnya dikenali sebagai ibu keamanan, pemegang tongkat keadilan dan hakim rujukan masyarakat dunia hakikatnya hanya membawa masyarakat dunia khususnya Islam, tunduk dengan agama tafsiran mereka. Modus Operandi ini merupakan taktik yang amat bijak kerana dengan menukar fahaman Muslim mengenai Islam, akan menukar cara hidup Muslim tersebut.

Hal ini bertepatan dengan kenyataan daripada Angel Rabasa, RAND senior policy analyst:

“The struggle in much of the Muslim world today is a war of ideas..
This is not a war of civilizations; it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam. We cannot come in as outsiders, as a non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology. Muslims have to do that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the moderates.”

Secara ringkasnya Angel Rabasa menerangkan strategi bermain dengan negara-negara Muslim iaitu dengan cara mewujudkan peperangan idea, mencairkan Islam melalui tangan-tangan muslim sendiri. Barat tidak perlu bermain di medan tersebut, cukup dengan memberi sokongan dan dokongan yang kuat kepada Moderate Muslim di dalam negara muslim tersebut.

Research And Development (RAND) diwujudkan pada 1946 oleh the United States Army Air Forces as Project RAND. Pada asalnya digunakan untuk mengkaji stategi ketenteraaan US. Tetapi kini menjadi badan pemikir bagi US dan sekutunya dalam strategi menguasai dunia. RAND didanai oleh kerajaan US, dana-dana peribadi dan koperat.

Kembali kepada Peace Simposium tersebut, panelis terdiri daripada individu dari pelbagai bidang Hak Asasi Manusia dan kebanyakannya peguam dan pengamal undang-undang di Malaysia; Aston Paiva, Dr  Aziz Bari, Syahredzan Johan, Dr Farouk Musa (IRF), Mr Sardar Jagir Singh mewakili Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), dan Sir Iftikhar Ahmad Ayaz yang mewakili Ahmadiyya Communiti. Simposium ini didakwa sebagai wacana intelektual mengenai “memahami syariah”, tetapi tidak ada sesiapa yang pakar atau layak untuk mewakili bidang syariah atau perundangan Islam sebagai penceramah. Sebaliknya, wacana tersebut banyak berlegar pada pendapat peribadi dan bukan kajian akademik bidang syariah . Bijak. Inilah ‘war of ideas’ yang mahu diwujudkan oleh badan PBB sendiri. Mereka tidak mahu Muslim di Malaysia berfikir dalam kerangka yang sebenar tetapi mahu Muslim berfikir dalam kerangka persepsi.

Apabila PBB menafsirkan Islam untuk Muslim Malaysia dengan kenyataan “We need secular state!”, bagai hendak gila para panel mendoktrin para pendengar. Sehingga panel mengajak semua rakyat menghormati hak lgbt yang juga punya hak atas dasar cinta. Gemuruh dewan bertepuk dan bersorak. Apakah kegilaan yang dibawa PBB ini? Membawa ‘ulama-ulama’ liberal menafsirkan syariah. Konon bertema ‘love for all, hatred for none’.

PBB mengatakan bahawa Islam yang ditafsir mengikut disiplin ilmu selama ini adalah kebencian dan punca ketegangan antara manusia di dunia, juga mengatakan bahawa Malaysia tidak memerlukan JAKIM dan golongan agama. Rakyat yang perlu menentukan undang-undang yang mereka mahu. Malah, Undang-undang Islam sepatutnya boleh dikritik dan ditolak oleh setiap rakyat. Hebatnya PBB menafsir syariah untuk Muslim Malaysia laksanakan.

Antara ucapan ahli panel, Farouk Musa, wakil IRF dan seorang rasionalis:

“..to endorse interpetation of syariah that minimize contradiction with international human rights norms.”

Kita perlu menafsir semula syariah agar bertepatan dgn hak asasi manusia? Hak asasi manusia beracuankan barat yang memberi hak mengeluarkan pendapat tanpa batas. Hak kebebasan tanpa batas, hak golongan lgbt, liberal dan sebagainya. Menghalalkan hak yang bertentangan norma-norma Islam.

Dan PBB semakin hari semakin menekan Malaysia untuk melaksanakan undang-undang berteraskan hak asasi barat ini. Lihatlah kita antara negara Muslim yang masih belum tunduk sepenuhnya kepada 18 perjanjian Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Kita perlu menjaga kedaulatan agama dan unsur Islam di Malaysia. Tekanan yang datang dari dalam dan luar negara mengajar kita betapa musuh Islam itu sentiasa terdesak untuk menjatuhkan Islam. Umat Islam di Malaysia perlu sepakat, sedar dan bangkit mempertahan kedudukan Islam yang mulia. Modus Operandi yang berulang kali digunakan oleh musuh Islam ini perlu diperhati dan diambil tindakan supaya fahaman Islam Liberal tidak terus bercambah dalam pemikiran Muslim Malaysia. PBB mungkin melaungkan Free from fear and free from want (bebas dari ketakutan dan bebas bertindak) namun, satu yang PBB tidak akan pernah beri kebebasan iaitu, kebebasan menjadi muslim sebenar.

 

Sharifah Abdul Samad,
JK Kajian dan Informasi
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

 

Rujukan lanjut: http://pembina.com.my/peace-symposium-2015-understanding-shariah-the-wrong-way/ atau http://www.ismaweb.net/2015/09/peace-symposium-2015-understanding-shariah-the-wrong-way/

1 thought on “PBB Mencatur Kehancuran Muslim Malaysia”

  1. Assalamualaikum Wrahmatullah

    Setelah membaca artikel ini, ada beberapa kekeliruan yang telah disampaikan. Saya tak mahu menulis panjang. cuma nak jelaskan seringkas yang boleh.

    1. PBB bijak menggunakan suara minoriti (Ahmadiyya) juga platform media liberal Projek Dialog di Malaysia demi menyebarkan Islam baharu tafsiran Barat.

    Perkara ini merupakan satu lagi tuduhan yang tidak berasas yang dilemparkan terhadap Ahmadiyah selain tuduhan-tuduhan sebelum ini, >ejen british, zionis, dan sebagainya.
    http://barahinahmadi.blogspot.my/2009/11/benarkah-qadiani-jahat.html

    2. Apabila PBB menafsirkan Islam untuk Muslim Malaysia. “We need secular state!”Bagai hendak gila para panel mendoktrin para pendengar. Sehingga panel mengajak semua rakyat menghormati hak lgbt yang juga punya hak atas dasar cinta. Gemuruh dewan bertepuk dan bersorak.

    Apakah kegilaan yang dibawa PBB ini? Membawa ‘ulama-ulama’ liberal menafsirkan syariah. Konon bertema ‘love for all hatred for none’.

    Pesan saya>
    Jangan menyalahtafsirkan konsep ‘LOVE FOR ALL HATRED FOR NONE” yang dilaungkan oleh Ahmadiyah.

    >>>>>>>

    Jika hendak, boleh aturkan satu pertemuan dengan pihak Ahmadiyah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top