Assalamualaikum dan salam himmah
Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta dan AJK Himpunan Mahasiswa 2012 (HIMMAH) yang baru sahaja melabuhkan tirai dengan jayanya. Terima kasih di atas komitment dan semangat tinggi yang anda tunjukkan sepanjang program. Sesungguhnya pertemuan kita berasaskan aqidah yang satu, ukhuwwah yang jitu, dakwah yang terus melaju dengan kejelasan agenda dan halatuju.
Saya yakin ramai yang baru pertama kali didedahkan dengan agenda halatuju PEMBINA. Rata-rata ramai yang sudah mula memahami dan menjiwai aspirasi ini dan semangat itu dapat dirasai semasa program lagi!
Wahai peserta HIMMAH, kehadiran Sheikh Raed Solah telah meniupkan lagi semangat dan roh kita untuk terus beramal. Sementara semangat HIMMAH masih membara, tiupkan terus semangat itu ke IPT anda dan suntiklah ia dalam program sambutan pelajar baru. Sesungguhnya Sheikh Raed Solah telah meninggalkan amanat beliau bahawa di atas tengkuk kita terletaknya tanggungjawab dan amanah untuk menjaga kedaulatan Islam. Jadikanlah setiap kali sujud kita, sujud yang merdeka, sujud yang menjadi bukti janji kita dengan Allah untuk terus beramal membawa agenda dakwah ini.
Saya sertakan noktah-noktah penting ucapan HIMMAH untuk kita kongsikan bersama sahabat-sahabat kita yang tidak dapat bersama dalam HIMMAH:
PERTEMBUNGAN AGENDA
Alhamdulillah hari ini kita duduk di Malaysia dalam keadaan aman tidak seperti di Mesir atau Iraq. Namun ia tidak seharusnya membiarkan kita dalam keadaan selesa atau comfort zone sehingga kita lemah, dan leka dengan realiti yg berlaku. Realiti yg telah Allah nukilkan dlm Al Quran buat peringatan kepada umat terkemudian.
“Sesungguhnya memang orang Yahudi dan Nasrani tidak pernah akan redha dengan kita sehingga kita mengikut jejak langkah mereka”.
Dahulu kita telah diracuni dengan fahaman sekularisma namun Alhamdulillah kita berjaya menentang dakyah tersebut. Hari demi hari saat demi saat mereka, merencana untuk menghancurkan ummat Islam. Sedar dgn dakyah sekularisma tidak berhasil, mereka mengubah strategi dengan menghidangkan satu lagi ideologi baru iaitu liberalisma. Namun agenda baru ini lebih bahaya dan lebih halus sehingga tak ramai yang sedar bahkan segelintir gerakan Islam terpengaruh dengan ideologi ini. Kalau tidak bersetuju pun, cara berhadapan dgn ideologi ini lebih lembut berbanding cara berhadapan dgn sekularisme. Walhal liberalisme ini cukup bahaya kerana ia boleh wujud dalam diri seorang muslim tanpa disedari.
MAHASISWA FOKUS UTAMA
Tanpa kita sedari aliran liberalisme bukan sahaja wujud dalam masyarakat bahkan lebih memburukkan lagi apabila ia menfokuskan mahasiswa sebagai sasaran utama. Saya tidak merasakan bahawa ianya suatu kebetulan bilamana Irsyad Manji dijemput ke UIA dan apabila dibatalkan, ianya mensasarkan sebuah lagi institusi pendidikan swasta iaitu Monash University. Tenyata yang cuba menggerakkan mahasiswa hari ini adalah ideologi luar yang tidak mahu melihat agenda Islam terus berkembang. Adakah kita ingin membiarkan amal medan mahasiswa terus diterajui oleh agenda luar selain Islam?
CABARAN GLOBALISASI
Ternyata kehidupan pada hari ini penuh dengan pelbagai cabaran. Kesan era globalisasi menyaksikan pelbagai ideologi-ideologi luar masuk dan menyerap ke dalam kehidupan dan minda masyarakat. Tidak cukup dengan liberalisme bahkan hari ini kita lihat bagaimana mahasiswa juga diserang dgn hedonisme, dan ajaran syiah. Ini cukup membimbangkan.
PENYELESAIAN
- Mahasiswa Islam perlu bangkit dan meneraju arus. Sekiranya kita tidak bangkit dan terus dengan cara biasa yang kita lakukan sekarang, nescaya mahasiswa non Islamis akan terus menguasai arus mahasiswa dalam membentuk cara fikir mahasiswa lain.
- Mahasiswa perlu berfikiran kritis dan tidak mudah dipolemikkan dengan ideologi-ideologi luar dan isu-isu semasa. Kita tidak boleh lagi menerima sesuatu secara zahiriyyah sahaja bahkan perlu dianalisa dengan kritis. Ramai yang menerima liberalisma sebagai sesuatu yang biasa tanpa mereka fahami bahawa liberalisme merupakan ancaman yang besar kepada agama dan negara.
- Pembinaan jatidiri mahasiswa yang berterusan sebagai penyelesaian jangka panjang. Ini dapat kita realisasikan melalui pakej program yang telah kita rancang.
“Meneraju Arus Mahasiswa!”
Oleh
Ibrahim Mohd Hasan
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)