BANGI – Presiden PEMBINA, Ibrahim Mohd Hasan berkata pilihanraya kampus sesi 2012/2013 kali ini memperlihatkan kematangan mahasiswa berpolitik berbanding sebelum ini, namun masih lagi tidak bersih berikutan beberapa insiden yang berlaku.
Jelasnya lagi, mahasiswa tidak perlu terpengaruh dengan politik secara keterlaluan, sebaliknya mereka perlu mempunyai idea sendiri dalam memperjuangkan apa yang mereka inginkan.
“Apa yang kita harapkan sebenarnya mahasiswa tidak terpengaruh dengan politik luar, mahasiswa perlu ada idealisme sendiri dan memperjuangkan apa yang mereka nak.”
Menurut Ibrahim lagi, manifesto yang dibentangkan oleh mahasiswa bersifat mikro dan mereka seharusnya membawa satu agenda yang lebih besar demi kepentingan mahasiswa dalam menerajui arus pembangunan di masa hadapan.
Beliau megucapkan tahniah kepada calon-calon yang memenangi pilihanraya kampus itu dan menyeru kepada mereka agar menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin serta membawa misi yang lebih besar ke peringkat yang lebih tinggi.
Sumber: Laman ISMA Pusat
Salam. Nak tahu apa maksudnya politik keterlaluan. Kan Islam itu, syumul dan politik itu sebahagian drpd Islam. Oleh itu, kita x tidak boleh tolak politik. Bermakna tolak sebahagian daripada islam bermakna kita tolak islam keseluruhannya. oleh itu, di kampus dah ada wadah yang nak Islam, apa perlu dipertikai lagi. Dan sepatutnya tuan yang ada fikrah Islam ini intima’ atau membantu tanzim yang jelas nak menegakkan islam. Saya hairan inilah retorik jemaah-jemaah baru apatah lagi amat selesa dengan UMNO yang jelas menolak Islam.