BATU PAHAT,18 MAC – Langkah bermula seorang mahasiswa ialah memimpin diri sendiri tanpa menghiraukan kata-kata negatif dari sekeliling demi menjadi pemimpin yang cemerlang.
“Mahasiswa kini diibaratkan sebagai katak di dalam bikar di dalam makmal, ada dua situasi. Situasi pertama katak di dalam bikar di isikan dengan air panas lalu dia melompat keluar, manakala situasi kedua, katak di dalam bikar di isikan air lalu dipanaskan, maka matilah katak itu kerana dalam tidak sedar air sedang mendidih.
Kesimpualannya, mahasiswa seperti situasi katak yang kedua. Ini bermaksud mahasiswa berada dalam zon selesa tanpa mereka sedar kerana mereka sedang di serang dengan pelbagai ancaman jiwa mereka akan mati,” ujar Pengerusi I Guru Ikatan Muslimin Malaysia (i-Guru) Cawangan Johor Cikgu Ismail Ali ketika mengakhiri slot motivasi dalam program “Tour DE PEMBINA” anjuran Jawatankuasa Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Batu Pahat baru-baru ini.
Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan aspirasi PEMBINA kepada ahli terutama ahli PEMBINA di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).
Program ini mendapat reaksi yang positif dalam kalangan peserta terutamanya dalam slot Forum “Mahasiswa VS Liberalism” yang disampaikan oleh para aktivis PEMBINA Cawangan Johor .
“Program seumpama ini perlu memperuntukkan lebih masa lagi terutama pendedahan serangan liberalisma terhadap mahasiswa. Saya harapkan PEMBINA akan membuat program-program sebegini untuk membuka minda anak muda di luar sana,” kata peserta program Nur Azlin Che Ibrahim, 21.
Nur Haidah Basir
Wartawan PEMBINA