Melaka Sentral: Platform Isu Palestin diketengahkan

Hentian Melaka Sentral, Melaka: Pada 20 dan 21 Febuari yang lepas, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Melaka  telah menganjurkan sebuah pameran Palestin yang bertemakan “Palestin di Hati Kami”. Pameran selama dua hari itu telah diadakan di ruang legar pintu masuk utama Terminal Melaka Sentral bermula pada jam 3.00 petang hari Jumaat yang barakah sehingga 10.00 malam 21 Februari. Pameran ini telah mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada Pengurusan Melaka Sentral  daripada segi penyediaan tapak pameran dan keselamatan barang pameran.

Program ini telah dikendalikan oleh para ahli PEMBINA yang kesemuanya terdiri dari mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Multimedia (MMU). Mereka telah bertungkus-lumus mendapatkan segala keperluan teknikal dan bahan pameran dari Aman Palestin Berhad.

Objektif utama pameran ini ialah untuk menyeru kepada masyarakat supaya menyumbang (derma) secara tetap kepada rakyat Palestin. Kami ingin menegaskan bahawa Isu palestin masih belum selesai, mesti terus diperjuangkan dan kiblat pertama umat islam mesti terus dibela. Oleh yang demikian setiap muslim yang beriman perlulah mengambil bahagian untuk membantu malalui  pelbagai wasilah mengikut kadar kemampuan mereka.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pameran ialah, tayangan dokumentari palestin, kutipan derma, jualan produk-produk palestin, kempen sumbangan berterusan, pengedaran pamphlet boikot, dan kempen tandatangan. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Kutipan sebanyak RM 1209 telah dikumpul sepanjang pameran dan disalurkan ke tabung Aman Palestin Berhad. Hampir separuh dari keseluruhan produk Palestin telah terjual terutamanya CD berkisar Palestin.

Walaupun pada mulanya sukarelawan diuji dengan pelbagai masalah, namun pameran ini masih tetap dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharapkan usaha ini dapat disemarakkan pada masa hadapan di pelbagai tempat dan keadaan. Semoga segala jasa dan keringat para sukarelawan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran. Semoga sedikit usaha ini dapat meringankan beban rakyat Palestin dan membantu membebaskan bumi Palestin dari  cengkaman musuh-musuhnya.

Sekian,

Dilaporkan oleh,

Faris Mohd Yusuf
PEMBINA MELAKA

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top