PASIR PUTEH 18 Jan – Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ) dilihat sebagai titik permulaan dalam memahami Islam dikalangan masyarakat khususnya mahasiswa ujar Sala Norhazura.
Ketua Beliawanis PEMBINA Kelantan berkata demikian ketika membuat pembentangan kenali PEMBINA dalam program 3 R, Riang Ria Riadah anjuran Beliawanis PEMBINA Kelantan baru-baru ini.
Katanya lagi, hal ini bertepatan dengan visi PEMBINA itu sendiri iaitu menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui pemuliharaan dan pembangunan belia Islam.
“PEMBINA merupakan salah satu wadah untuk sampai ke matlamat utama yakni Islam.
Ketika golongan belia sedang tercari-cari halatuju, PEMBINA hadir dalam membantu mereka mengenali Islam yang sebenar.” jelasnya.
Disediakan oleh :
Nor Shahida Abd Gani
Wartawan Media ISMA