KOTA SAMARAHAN, 29 Januari – “Belia Melayu mesti ada rasa hendak membela negara dan bangsa serta mempunyai jati diri yang kuat terhadap agama,” seru Presiden PEMBINA, saudara Norzafry Norhalim. Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan kepada lebih kurang 100 orang pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Semarahan (ILPKS) pada Seminar Zero to Hero
Beliau juga turut menyeru agar dalam usaha untuk mengekalkan identiti, golongan belia perlu mencari seorang idola Islam untuk dijadikan teladan, mencari kelompok kawan yang baik dan menjaga ibadah asas dengan sebaik-baiknya.
Program ini merupakan siri ketiga Seminar Zero to Hero yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sarawak.
-Media PEMBINA-