Mahasiswa Lesu

Mahasiswa Lesu

Betul ke mahasiswa sekarang lesu dan tidak bermaya? Apakah maksud lesu yang dimaksudkan di sini? Adakah mahasiwa lesu tidak mengikuti kelas di universiti atau lesu untuk membincangkan isu semasa?

Ana pernah membawa isu ini dan membincangkan bersama seorang kawan ana , seorang pelajar mahasiswa di Kuala Lumpur. Ana bertanya apakah perbualan seharian bersama kawan di dalam kelas? Adakah mengenai ‘assignment’ atau mengenai isu semasa sekarang? Kawan ana menjawab mestilah mengenai ‘assignment’, takkan nak bincang mengenai isu ‘LGBT’ dalam kelas, nnt orang cakap apa pulakan. Itulah jawapan kawan ana yang mana memang majoriti mahasiswa sekarang takut untuk menbincangkan isu–isu yang berat dan serius.

Sebab itulah ana mengatakan rata- rata mahasiswa di Malaysia ini tidak serius dan hanya fikir untuk dapat ‘Dean List’. Bukan ana mengatakan mendapat DEAN LIST itu tidak penting, tetapi ada lagi isu yang sama pentingnya untuk dibincangkan. Sebab itu lah apabila mahasiswa tidak serius, bagaimana nak bawa suatu isu yang besar? Contohnya pada masa sekarang, isu liberalisme yang semakin teruk berlaku sekarang . Ana selalu dengar orang mengatakan  walaupun pelajar perempuan memakai tudung labuh, solat 5 waktu dan mengamalkan amal soleh tetapi jangan terkejut jika dia membawa pemahaman isu liberalisma ini.

Adakah para belia dan beliawanis tahu dan fasih dalam isu ini? Pernah tengokkah dokumentari mengenai liberalisme ini? Pernah meluangkan masa kah para belia untuk mengkaji isu ini? Liberalisme ini adalah satu fahaman yang dibawa ke Malaysia yang mengatakan bahawa manusia hanya mengimpikan hal dunia saja dan tidak memerlukan langsung keperluan rohani dan konsep ketuhanan kepada Allah.

Mahasiwa sekarang berdepan dengan arus yang sangat hebat di mana mahasiswa perlu bersaing dan berhujah menggunakan intelek mahasiwa dan bukannya fizikal. Jika mahasiswa mempunyai perasaan untuk mengubah masyarakat daripada ketuhanan duniawi kepada ketuhanan kepad Allah swt semata–mata , mahasiswa perlu bangkit dan perlu mempunyai semangat ‘himmah’  untuk mengajak kawan–kawan di kampus untuk memahami isu yang akan menjatuhkan agama Islam di muka bumi ini.

Imam Ibnu Qayyim pernah berkata:

Orang yang berjalan mesti memiliki semangat yang akan menjalankannya dan menyampaikannya ke puncak.Sedangkan ilmu hanya menyuluh dan menunjukinya.

Ana percaya mahasiswa sekarang terdiri daripada belia yang muda dan semangat. Mahasiswa perlu ada sikap semangat yang tinggi supaya dapat menyegarkan  kembali kelesuaan mahasiswa sekarang. Ayuh, gerakkanlah langkahmu, justeru para mahasiswa tidak mempedulikan kesusahan, kepedihan, kegetiran dan cabarann yang ditempuhinya.

Firman Allah dalam surah al Isra : 29 mengatakan:

Dan barang siapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sunggh sedang dia adalah mukmin.Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik

 

Meneraju Arus  Mahasiswa!

 

Disediakan oleh ,

Nur Aqilah Zainordin

Ketua Beliawanis KL

Sumber: Laman sesawang PEMBINA KL

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top