Bangi, 24 Februari 2014- “Lepak dan berdialog semata-mata bukanlah penyelesaian kepada masalah umat Islam pada hari ini”, begitulah respon Saudara Ibrahim, Presiden PEMBINA ketika ditemubual mengulas isu fitnah, tuduhan dan ajakkan untuk berdialog oleh Wan Ji Wan Hussin.
Saudara Ibrahim menyatakan bahawa berdialog pada asasnya adalah untuk mencari titik persamaan dan bukanlah untuk berbincang perkara yang khilaf dan terang-terangan melanggar hukum syarak. Kerangka yang dibawa melalui Lepak Maqasid oleh Wan Ji Wan Hussin, pengasas Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi secara jelas mendokong fahaman liberalisme melalui siri-siri Lepak Maqasid yang telah dijalankan.
Terdahulu daripada itu, Ustaz Ibrahim tegas menyatakan pendirian PEMBINA semasa sidang media Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Kali Ke-7 (MATK7) bahawa “IRF, SIS, Lepak Maqasid dan IKD adalah pelopor fahaman songsang. Golongan yang mempelopori fahaman-fahaman ini menamakan diri mereka sebagai golongan pencerahan yang menampakkan diri mereka sebagai pembawa Islam walhal sebenarnya mereka menambah kekeliruan dalam pemikiran dan jati diri yang kini semakin meruncing dalam kalangan belia Islam”.