PEMBINA menyambut baik tindakan kerajaan memberi perlindungan selama setahun kepada pelarian Rohingya . Kerjasama antara Indonesia dan Thailand yang diketuai Malaysia selaku Ketua ASEAN meningkatkan wibawa Malaysia selaku pendamaian dalam krisis antarabangsa.
Langkah proaktif ini tidak boleh terhenti disitu sahaja, pelan pendamaian secara menyeluruh dan mengembalikan hak masyarakat Rohingya perlu dibentang dan dilaksanakan. Cadangan U Nyan Win selaku jurucakap Parti Liga Demokrasi Kebangsaan supaya etnik Rohingya diberi kerakyatan dan hak perlu disambut baik oleh ASEAN.
Dengan menerima masyarakat Rohingya sebagai pelarian dan memberi penempatan semasa tidaklah menyelesaikan masalah pokok yang berlaku. Sering kali terjadi di bawah perjanjian Bilateral Repartriation Agreement, pelarian masyarakat Rohingya yang dikembalikan ke tanah Arakan hanya menunggu nasib dibantai oleh tentera Burma.
PEMBINA melihat ia perlu diselesaikan secara tuntas dengan mengembalikan segala hak masyarakat Rohingya yang dirampas seawal tahun 1942 lagi.
Bagi memastikan krisis ini diselesaikan secara dari akar umbi, PEMBINA mendesak 6 Tuntuan ini dilaksanakan:
1. Mengiktiraf kerakyatan etnik Rohingya di Myanmar selaku penduduk asal tanah Burma.
2. Membebaskan wilayah Arakan daripada tentera rejim Budha dan Anti-Islam yang menjadi tanah milik umat Islam kepada etnik Rohingya.
3. Membawa penjenayah-penjenayah pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya ke mahkamah untuk dibicarakan.
4. Membawa pulang etnik Rohingya secara berperingkat dan berstrategi ke tanah milik mereka di wilayah Arakan.
5. Menghapuskan fahaman anti-Islam, jurang perbezaan ekonomi, pendidikan dan social di Myanmar.
6. Menubuhkan pasukan pemantau perjanjian diperingkat antarabangsa untuk memastikan gerak kerja yang dipersetujui dilaksanakan semua pihak.
Sejarah Malaysia menjadi pendamaian krisis antarabangsa bukanlah perkara yang baru. Diharap dengan 6 tuntutan ini mampu mengangkat martamat Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang maju dan bertamadun.
Muhammad Uzair Izzat Amir Bin Muhammad
Naib Presiden 1
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)