Kenyataan Rasmi : Isu Video Seks Menuduh Anwar

Berikut adalah respon Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) terhadap isu pendedahan klip video seks yang menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku zina dalam video tersebut.

1.Belia umumnya sudah meluat dan jijik dengan permainan kotor politik jatuh-menjatuh peribadi yang tidak sihat dan sudah muak dengan isu yg bukan bersifat agenda besar tetapi menggunakan isu picisan.
2.PEMBINA turut mengutuk keras perbuatan menyebarkan bahan lucah terutama dengan tujuan menjatuhkan sesama saudara Islam.
3.PEMBINA ingin melahirkan rasa kerisauan bahawa pendedahan dan suapan isu-isu berbaur  lucah sebegini mampu mempengaruhi dan membentuk pemikiran rendah dikalangan belia.
4.Isu seperti ini sepatutnya diselesaikan mengikut saluran yg betul, bukan pendedahan umum dan diperbesarkan oleh media
5.PEMBINA menyeru agar isu ini diselesaikan dengan kadar segera dan penuh hemah berlandaskan lunas-lunas agama Islam.
6.Kepentingan masyarakat umum adalah lebih penting dan harus diutamakan, bukan pertembungan dan dendam antara beberapa pihak yang akhirnya menjadikan masyarakat sebagai mangsa.
 

Jawatankuasa Penerangan
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top