Ibrahim : Kecemerlangan Siswa Bukan Semata-Mata Pada Akademik

K. Lumpur, 19 Mac 2011 – Timbalan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Saudara Ibrahim b Mohd Hasan telah hadir berucap dalam majlis penutupan Explorace UniKL-BMI, anjuran bersama PEMBINA Cawangan Gombak. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Saudara Ibrahim menegaskan bahawa golongan belia merupakan pemimpin generasi masa hadapan yang akan menentukan halatuju negara. Beliau turut merujuk kemampuan belia melalui peristiwa yang berlaku di Mesir yang merupakan petanda bahawa belia mempunyai kapasiti untuk mencorak perjalanan negara.

Disamping itu, beliau berpesan kepada golongan mahasiswa bahawa kecemerlangan siswa bukan hanya diukur pada kacamata akademik sahaja tetapi perlu dilihat dari sudut aktivisme mereka. Beliau memberi contoh Explorace UniKL BMI sebagai salah satu wasilah untuk memupuk aktivisme belia.

Program Explorace ini merupakan program kerjasama pertama diantara PEMBINA Gombak dengan UniKL-BMI. Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniKL BMI juga amat mengalu-alukan kerjasama dengan PEMBINA pada masa akan datang. Explorace ini telah disertai lebih 80 orang peserta, bermula dari KLCC dan melalui beberapa checkpoint menarik sekitar ibu negara.

 

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top