Kem Lepasan SPM 2008 siri 4

Kem Lepasan SPM siri ke-4 telah berjaya dilaksanakan pada 26,27 dan 28 disember 2008 bertempat di Kem Sri Raudah, Gombak Selangor.Kem ini mendapat penyertaan yang sungguh menggalakkan darpada pelajar-pelajar lepasan SPM dari seluruh negara. Kem Lepasan SPM kali ini disertai oleh 24 orang peserta lelaki dan 66 orang peserta perempuan dan diuruskan oleh 40 orang urusetia yang komited dan bersemangat.
Matlamat penganjuran program bercorak motivasi ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM menentukan hala tuju dan matlamat pendidikan yang jelas dan tepat. Pendedahan awal terhadap pusat pengajian tinggi, hal berkaitan tajaan dan biasiswa , sistem pembelajaran dan gambaran realiti kehidupan di universiti merupakan intipati pengisian spanjang kem ini. Kem Lepasan SPM ini juga menggalas visi untuk melahirkan generasi belia yang lebih peka kepada isu semasa dan sedar akan kepentingan mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan bersosial.
Para peserta dibimbing oleh fasilitator terlatih yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan dan luar negara yang sedang bercuti. Turut sama dalam menjayakan program ini adalah golongan professional serta graduan dari universiti tempatan dan luar negara yang dipilih khusus selaku penceramah dan pembentang sepanjang program 3 hari 2 malam ini.
Selain slot ceramah, aktiviti rekreasi luar dan forum, kem ini turut mengandungi slot bengkel ‘My Plan’ untuk memberi peluang bagi para peserta merancang hala tuju mereka selepas SPM sehingga ke menara gading. Berdasarkan maklumbalas peserta, slot ‘my plan’ ini adalah slot paling berharga dan memberi peluang kepada mereka merancang dan menentukan langkah demi langkah yang perlu mereka lalui sebelum mencapai cita-cita mereka.
Secara keseluruhannya, Kem Lepasan SPM pada kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Maklum balas yang diperolehi daripada peserta amat memberansangkan dan mereka sangat berpuas hati dengan input yang mereka perolehi sepanjang program. Bimbingan fasilitator-fasilitator yang terlatih,mesra dan sentiasa bersedia untuk membantu juga menjadi faktor utama kejayaan program. PEMBINA mendoakan semua peserta berjaya dalam setiap bidang yang akan mereka ceburi, seterusnya mampu menyumbang untuk kecemerlangan agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh:

Hairul Anuar Bin Sobikin
Setiausaha Kem Lepasan SPM 2008 siri 4
anwaruitm@hotmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top