Kejayaan Pembina: Pacuan Semua Pihak




Siri Roadshow dan Lawatan Rasmi Jawatankuasa Pusat Pembina diketuai Presiden, Zaizul Azizi Zaman, ke semua negeri berakhir semalam dalam pertemuan dengan Pembina Negeri Sembilan. Roadshow dan lawatan rasmi ini merupakan langkah pertama barisan JKP Pembina yang baru memulakan tugas dalam sesi baru bermula tahun ini bagi mendapatkan gambaran perjalanan organisasi belia di bawah nama Pembina di seluruh negara.

Siri kunjungan ini telah berjalan selama lebih kurang satu bulan, dibahagikan mengikut zon-zon tertentu. Bagi zon selatan kunjungan rasmi JKP telah bermula dengan lawatan rasmi bertemu Pembina Melaka dan Pembina Johor. Kemudian Zon Tengah iaitu Pembina Selangor di Shah Alam , Pembina Kuala Lumpur di Gombak dan Pembina Cawangan Bangi di Bandar Baru Bangi. Seusai tamat perjumpaan terakhir di Zon Tengah, rombongan JKP terus bertolak ke pantai timur bertemu Pembina Kelantan, Pembina Terengganu dan Pembina Pahang, masing-masing pertemuan telah diadakan di Kota Bharu, Dungun dan Kuantan. Minggu lalu pula, rombongan JKP telah bergerak ke utara mengunjungi Pembina Perlis di Padang Besar, Pembina Pulau Pinang di Kepala Batas, Pembina Kedah di Jitra dan Pembina Perak di Ipoh. Roadshow dan Lawatan Rasmi JKP berakhir dengan Pembina Negeri Sembilan yang telah diadakan di Nilai.

“Kejayaan sebenar Pembina sebagai organisasi belia di Malaysia sebenarnya bergantung kepada kejayaan pelaksanaan agenda Pembina di semua peringkat; pusat, negeri dan cawangan. Bukanlah kejayaan Pembina diukur dengan kejayaan pusat dalam melaksanakan agenda Pembina,” amanat Presiden yang telah disampaikan kepada semua Jawatankuasa Negeri dan Cawangan.

Sepanjang siri Roadshow dan Lawatan Rasmi JKP Pembina ini, JKP berjaya mendapatkan sendiri gambaran suasana, budaya kerja dan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi gerak kerja Pembina secara keseluruhan. Ujarnya lagi, setiap negeri atau cawangan mempunyai keistimewaan masing-masing yang boleh dimanfaatkan bagi menjayakan agenda Pembina dalam menyampaikan mesej-mesej Pembina belia kepada masyarakat belia.

Koleksi Foto Lawatan JKP & Roadshow PEMBINA 2010

|Bangi|

|Johor Bharu|

|Perlis|

|Pulau Pinang|

|Perak|

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top