Kebebasan akademik : Kebebasan berhujah bebas sentimen tertentu – Norzafry


KUALA LUMPUR
29 Disember – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Norzafry Norhalim dijemput ke sebuah rancangan tv internet sebagai tetamu siri What Say Youth terbitan MobTV.

Rancangan yang dihoskan oleh Aidil Zakuan ini mengupas topik semasa yang kini hangat di seluruh negara iaitu Demostrasi Untuk Kebebasan Akademik.

Menurut Norzafry,”Kebebasan akademik adalah kebebasan untuk berhujah dan menyatakan pendirian secara objektif dan ilmiah, bebas dari sentimen.

Masyarakat umum juga perlu adaptasi budaya berfikir yang bebas ini dan sentiasa terbuka kepada pandangan yang objektif, tidak hanya memilih pandangan berdasarkan sentimen.” jelas beliau.

Demonstrasi bukanlah perkara yang ditolak malah merupakan salah satu cara untuk menyampaikan sesuatu mesej.

Merujuk sirah Rasulullah S.A.W dimana baginda mengumpulkan seluruh masyarakat kota Mekah sewaktu di awal dakwah Islam termasuklah para sahabat mengelilingi kota tersebut menyebarkan risalah Islam.

Tambah beliau,” Demonstrasi hanyalah salah satu alat untuk menyampaikan pandangan, bukan satu-satunya cara untuk membuat perubahan.

“Demonstrasi perlu ada etika yakni akhlak Islam dan ia saling berkait dengan tujuan undang-undang di dalam Islam salah satunya ialah untuk menjaga keamanan, maka apa sahaja tindakan yang mengancam keamanan perlu dihindarkan semasa demonstrasi”, tegas beliau lagi.

Turut sama hadir ialah JK Pusat Informasi, Tengku Asyraf Tengku Mohamed Noor Izam dan Pengerusi PEMBINA UIAM Gombak, Mohd Eqwan

MobTV dibangunkan pada April 2011 sebagai portal TV internet yang meliputi pelbagai isu seperti perniagaan, politik, gaya hidup, agama, dan hiburan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top