Jalan Kaki Amal Raih Sumbangan untuk Palestin

MELAKA, 12 Julai – Seramai  92 orang peserta telah menyertai program Jalan Kaki Amal Amal bersama Duta Aman Palestin anjuran PEMBINA Melaka dengan kerjasama Aman Palestin Bhd Melaka dan Masjid Al-Alami MITC.

Program jalan kaki amal ini bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk warga palestin yang kini derita akibat ditindas oleh rejim Zionis.

Program satu hari ini telah dijalankan di sekitar MITC Ayer Keroh Melaka. Para Peserta dikehendaki berkumpul pada jam 3.00 petang di masjid Al Alami MITC untuk pendaftaran dan taklimat.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan di masjid Al-Alami MITC sebelum kutipan derma bermula. Antara aktiviti lain ialah perkongsian ringkas daripada Saudara Maulana, Duta Aman Palestin yang berkongsi pengalaman beliau sendiri ketika mengikuti konvoi keamanan bersama Aman Palestin pada tahun 2012. Selain daripada itu juga, para peserta telah menghasilkan kain rentang mereka sendiri bagi menarik perhatian para pengunjung untuk bersama-sama memberikan sumbangan.

Hasil daripada program yang dijalankan pada hari tersebut, sebanyak RM 4,765.25 telah berjaya dikumpul dari sumbangan hadirin yang hadir di Masjid MITC dan sekitar kawasan MITC.

Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpul diserahkan kepada Aman Palestin Berhad Cawangan Melaka semasa majlis iftar Aman Palestin pada hari Ahad lepas di Avilion Hotel Melaka.

IMG_5959-1024x682 IMG_5983 IMG_6129 IMG_20140713_201959-1024x576

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top